Kerjasama UMBI-Revongen

Oleh: Mohd Raziff, Pegawai Sains UMBI, Penyelaras UWC

Melalui inisiatif ‘Alumi Membantu Alumni’, satu sesi perbincangan telah diadakan di antara Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) dan Syarikat Revongen Corporation (Revongen) pada 23 Julai 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat UMBI, Cheras, Kuala Lumpur.

Perbincangan ini diinisiatifkan oleh Profesor Dato’ Dr. Imran Ho Abdullah, Timbalan Naib Canselor UKM (Jaringan Industri, Alumni & Masyarakat). Agenda utama perbincangan ini adalah berkaitan usahama di antara UMBI dan Revongen di dalam menawarkan perkhidmatan ujian diagnostik COVID-19 kepada golongan B40 disamping menjalinkan usaha sama di dalam perkongsian pintar sumber manusia dan fasiliti. Revongen Corporation merupakan sebuah syarikat bioteknologi yang mempunyai rangkaian antarabangsa dan  pengalaman yang luas di dalam bidang biosains, bioteknologi agrikultur, perubatan, akuakultur dan kit Halal.

Pihak UMBI diwakili oleh Pengarahnya,Prof. Madya Dr. Nor Azian Abdul Murad manakala delegasi dari Revogen diketuai oleh Mr. EL Law Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Revongen Corporation. Perbincangan ini turut disertai oleh Prof. Madya Dr. Chang Peng Kee, Pengarah Pusat Pembangunan Karier UKM dan Prof. Ir. Dr. Syuhaimi Abd. Rahman, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM.

Perbincangan ini mencapai banyak perkembangan yang positif kepada semua entiti yang terlibat dan berjaya merancang pelbagai kaedah usahasama yang akan dimeterai dalam masa terdekat. Di samping itu, usahasama ini juga dijangka akan memberi peluang pekerjaan kepada alumni UKM sebagai platform mendapatkan prospek kerjaya yang bersesuaian dengan kelulusan mereka.

Galeri foto: https://photos.app.goo.gl/NotNvancBJwJ7tPL6