Lawatan CEO Sunway Education Group ke Makmal Diagnostik Covid-19 UMBI

Makmal Diagnostik Covid-19 UMBI telah menerima lawatan dari CEO Sunway Education Group, Dr Elizabeth Lee pada 15 Julai 2020. Lawatan diiringi Pengarah UMBI, Prof. Madya Dr.Nor Azian dan En.Mohd Raziff, Penyelaras UMBI Wellness. Lawatan ini juga bersempena serahan PPE kepada MERCY Malaysia yang sedang melaksanakan sariangan Covid-19.

Laman FB MERCY  (https://www.facebook.com/MERCYMalaysia/) memaklumkan saringan ini mensasarkan 4000 individu dari usia 6 hingga 70 tahun yang merangkumi komuniti B40, ibu tunggal, tiada tempat tinggal (gelandangan), komuniti pelarian dan juga kepada anak-anak sekolah di seluruh negara bermula dengan Lembah Klang-Cheras, Klang, pantai timur – Kota Bharu dan Tawau, Sabah, dari bulan Julai hingga Ogos 2020. Ujian ini juga merupakan sebahagian daripada keperluan majikan bagi sebilangan pelarian. Terdapat 30 sukarelawan perubatan dan bukan perubatan termasuk kakitangan QFFD MERCY Malaysia dan 7 pekerja kesihatan masyarakat untuk membantu terjemahan sama ada dalam Bahasa Inggeris, Myanmar atau Rohingya pada sesi hari ini. Semua sampel ujian akan dihantar ke Makmal Diagnostik Covid-19 UMBI dengan kapasiti untuk memproses hingga 400 sampel setiap hari.

Galeri Gambar: https://photos.app.goo.gl/4P5wfKCzo6nSuh9A8