Program Pengajian Asas Kejuruteraan

 Just another WordPress site

Mentoring Matematik Kejuruteraan

Beberapa usaha telah diambil untuk memberi sokongan kepada pelajar yang memerlukan pertolongan supaya mereka dapat mengikuti pembelajaran kursus matematik kejuruteraan.

Rakan Pembimbing

Rakan Pembimbing Klinik Matematik adalah pelajar-pelajar senior yang cemerlang dalam kursus matematik kejuruteraan. Di dalam aktiviti klinik matematik, Rakan Pembimbing ini akan membantu pensyarah yang bertugas untuk membimbing dan membantu pelajar-pelajar lemah matematik yang hadir ke klinik matematik untuk mendapat bimbingan tambahan untuk memahami konsep (conceptual) dan penyelesaian masalah (problem solving) bagi tugasan-tugasan yang diberi dalam kursus matematik kejuruteraan yang mereka ikuti. Rakan Pembimbing Klinik Matematik juga bertindak sebagai fasilitator dan ‘motivator’ kepada pelajar-pelajar yang lemah.

Program Mentoring Matematik

Program mentoring matematik adalah satu program bimbingan akademik secara personel kepada pelajar-pelajar yang benar-benar lemah dalam kursus matematik. Program ini adalah salah satu usaha untuk memantau prestasi pelajar-pelajar yang telah dikenal pasti benar-benar lemah dalam kursus matematik kejuruteraan. Proses mengenal pasti pelajar-pelajar ini adalah berdasarkan kepada keputusan prestasi pelajar tersebut dalam kursus matematik kejuruteraan yang mereka ambil semasa semester lepas. Setiap pensyarah PAK adalah mentor akademik matematik kepada beberapa orang pelajar-pelajar yang lemah dalam kursus matematik. Peranan mentor akademik matematik adalah memastikan pelajar-pelajar yang lemah ini mengikuti aktiviti klinik matematik, memberi motivasi dan nasihat serta memantau prestasi pelajar ini dari masa ke semasa.

Translate »