Program Pengajian Asas Kejuruteraan

 Just another WordPress site

Utama

Pengenalan

Program Pengajian Asas Kejuruteraan (PPAK) yang pada mulanya dinamakan Unit Matematik Fakulti Kejuruteraan telah ditubuhkan pada November 2003. Idea penubuhan PPAK adalah cetusan ilham Prof. Dato’ Ir. Dr. Hj. Hassan Basri yang pada ketika itu merupakan Dekan Fakulti Kejuruteraan.

Menyedari keperluan untuk menaik taraf Kumpulan Matematik kepada Unit Matematik sebagai badan yang lebih formal dan berautonomi untuk merancang dan membuat keputusan dalam rangka kerja jangka panjang dan jangka pendek maka cadangan ini dibangkitkan di dalam Majlis Pengurusan Fakulti. Keperluan ini juga disuarakan di dalam Sanggar Kerja Kumpulan Matematik di Riviera Bay Resort Melaka pada 29 – 30 Ogos 2003. Langkah ini dianggap sangat perlu memandangkan 15 unit daripada 129 unit kursus di Fakulti ini terdiri daripada kursus yang berasaskan Matematik.

Unit Matematik yang kini dikenali sebagai Program Pengajian Asas Kejuruteraan diletakkan di bawah tadbiran Timbalan Dekan Akademik dan diketuai oleh Ketua Program. PPAK kini diketuai oleh Dr. Firdaus Mohd Hamzah. Program Pengajian Asas Kejuruteraan dijadikan platform ke arah pengembangan pengajaran dan penyelidikan dalam bidang Matematik Kejuruteraan.

Wawasan

Memperluaskan penggunaan bahasa kebangsaan dalam pengajaran dan penulisan ilmu matematik kejuruteraan.

Misi

  1. Melengkapkan pelajar kejuruteraan dengan ilmu asas matematik dan statistik.
  2. Menjadi pusat rujukan ilmu pengetahuan matematik kepada semua warga fakulti.
Translate »