LibrariesPerpustakaan

Latar Belakang Perpustakaan UKM telah ditubuhkan serentak dengan penubuhan UKM pada 18 Mei 1970 di Lembah Pantai Kuala Lumpur. Pada tahun 1977, perpustakaan telah berpindah ke kampus tetap di Bangi dan menggunakan aras 5 Bangunan Canselori, UKM. Bangunan perpustakaan di Bangi mula digunakan pada tahun 1978 dan dirasmikan oleh DYMM Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 2 Julai 1980. Bangunan ini telah diberi nama Perpustakaan Tun Seri Lanang sempena nama seorang bangsawan dan tokoh sastera yang terkenal di Tanah Melayu pada kurun ke 16.

Perpustakaan UKM terdiri daripada Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) dan cabang-cabangnya, iaitu Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu (PATMA), Perpustakaan Undang-undang (PUU), Perpustakaan Dr. Abdul Latif (PDAL) dan Perpustakaan Pusat Perubatan UKM (PPPUKM). Perpustakaan sentiasa menambah koleksi buku, jurnal bercetak dan elektronik bagi memenuhi keperluan pengajaran, pembelejaran dan penyelidikan universiti. Kemudahan capaian maklumat secara maya yang disedikan untuk membantu pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan iaitu:

» Siber@ptsl
» GEMILANG (OPAC)
» Portal e-jurnal
» Perpustakaan Digital UKM
» Internet tanpa wayar (WIFI)
» Sistem Perpustakaan Virtua

Untuk maklumat lanjut setiap perpustakaan, sila layari laman web berikut:

» Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) – http://www.ukm.my/library
» Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu (PATMA) – http://www.ukm.my/patma
» Perpustakaan Undang-undang (PUU) – http://www.ukm.my/puu
» Perpustakaan Dr. Abdul Latif (PDAL) – http://www.medic.ukm.my/PDAL
» Perpustakaan Pusat Perubatan UKM (PPPUKM) – http://lib.hukm.ukm.my _______________________________________________________________________________

Ketua Pustakawan Perpustakaan Tun Seri Lanang,
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM,
Bangi, Selangor Darul Ehsan
Tel : 603 8921 3446
Faks : 8925 6067
Laman Web : http://www.ukm.my/library
E-mel : kpustaka@ukm.my  / webptsl@ukm.my

Archives