Mengenali Perisian LibreOffice

libreoffice1

LibreOffice merupakan perisian suit pejabat yang dibangunkan oleh The Document Foundation. LibreOffice adalah perisian sumber terbuka di mana ia boleh dimuat turun secara percuma oleh pengguna. Perisian ini merupakan cabang daripada OpenOffice.org yang merupakan versi pertama sumber terbuka StarOffice pada tahun 2010.

LibreOffice terdiri daripada aplikasi yang melakukan pemprosesan perkataan, lembaran kerja, persembahan slaid, gambar rajah dan lukisan, pengurusan pangkalan data dan menulis formula matematik. Perisian ini boleh dipasang dan digunakan di pelbagai sistem pengoperasian seperti Microsoft Windows, Mac OS X 10.6 Snow Leopard  dan  Linux (Ubuntu, Fedora dan lain-lain).

 

Star Office

Star Office

Apache Open Office

Apache Open Office

LibreOffice

LibreOffice

LibreOffice menggunakan standard format fail OpenDocument sebagai format asas untuk menyimpan dokumen untuk semua aplikasinya. Kini , format fail OpenDocument ini disokong oleh semua suit perisian pejabat(berbayar dan sumber terbuka). LibreOffice juga sesuai dengan pelbagai format dokumen seperti Microsoft Word, Excel, PowerPoint dan Publisher.
Aplikasi yang terdapat dalam pakej perisian LibreOffice adalah seperti berikut :

Aplikasi Fungsi

Writer

Writer

Writer adalah aplikasi pemprosesan perkataan yang mempunyai ciri-ciri yang hampir dengan Microsoft Word atau WordPerfect . Writer berupaya membuka dan menyimpan dokumen dalam beberapa format termasuk OpenDocument Format Text Document (ODT adalah format asas untuk Writer) , DOC, DOCX, RTF , XHTML dan lain-lain lagi.

calc

Calc

Calc adalah aplikasi lembaran kerja yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan Microsoft Excel atau Lotus 1-2-3. Format fail yang di simpan dalam Calc adalah OpenDocument Format Spreadsheet (.ods) . Calc juga boleh menyimpan dan membuka lembaran kerja dalam format Excel ( .xlsx), CSV dan lain-lain lagi.

impress

Impress

Impress adalah aplikasi persembahan yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan Microsoft PowerPoint. Format fail yang di simpan dalam Impress adalah OpenDocument Format Presentation (.odp) . Impress juga boleh menyimpan dan membuka fail dalam format PowerPoint ( .pptx) . Persembahan yang dibuat boleh dieksport sebagai fail SWF dan ianya boleh dilihat pada mana-mana komputer yang mempunyai Adobe Flash.

Draw

Draw

Draw adalah aplikasi editor grafik vektor dan rajah , ianya mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan Microsoft Visio dan CorelDraw(versi awal). Carta alir, carta organisasi, diagram rangkaian dan lain-lain juga dapat dihasilkan dengan mudah menggunakan fungsi smart connectors yang ada pada Draw.

Math

Math

Math adalah aplikasi membuat dan mengedit formula matematik.Aplikasi ini menggunakan variasi XML untuk membuat formula seperti yang telah termaktub dalam spefisikasi OpenDocument.

Base

Base

Base merupakan program pengurusan pangkalan data yang hampir sama dengan Microsoft Access. Pengguna boleh membuat pangkalan data , borang dan laporan, justeru membolehkan data dicapai dengan mudah. Ia juga boleh digunakan sebagai front-end untuk pelbagai jenis pangkalan data, termasuk Microsoft Access, MySQL/MariaDB, ADABAS D dan Postgres SQL.

Untuk mencuba LibreOffice , anda boleh memuat turun aplikasi ini di https://www.libreoffice.org/download/libreoffice-fresh/

Rujukan :
http://en.wikipedia.org/wiki/LibreOffice
https://www.libreoffice.org
http://en.wikipedia.org/wiki/LibreOffice_Writer

 

Disediakan oleh : Suzita PTM http://credit-n.ru/zaymyi-next.html

(Visited 1,281 times, 1 visits today)

One comment

  • Suzita,

    Kami ingin beralih dari MS office 2003 ke LibreOffice.. Kami memerlukan penasihat dari pakar.. untuk produk latihan dan untuk proses transmorasi…

    Harap dapat membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *