Sistem Permohonan dan Kemasukan Secara Online Program Siswazah (Guest)

Meningkatkan Persaingan Pendidikan UKM ke Persada Global – http://guest.ukm.my

guest_login2

Sistem Permohonan dan Kemasukan Secara Online Program Siswazah  atau Graduate Admission System (Guest) adalah aplikasi yang dibangunkan dengan tujuan utama untuk meningkatkan pengambilan pelajar siswazah dalam dan luar negara ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sistem ini siap dibangunkan secara dalaman oleh Pusat Teknologi Maklumat (PTM) dengan kerjasama pemilik proses, Pusat Pengurusan Siswazah (PPS)  pada Oktober 2012. Ia mula digunakan secara rasmi untuk pengambilan pelajar semester 2 sesi 2012/2013 pada November 2012.

Objektif utama pembangunan Guest adalah untuk

  • menggalakkan lebih banyak permohonan kemasukan ke program siswazah ke UKM, khususnya permohonan daripada calon-calon luar negara.
  • meningkatkan daya saing program siswazah di UKM.
  • membantu mempercepat dan melancarkan urusan permohonan serta kemasukan program siswazah.

Ciri-ciri Guest

  • Dwi bahasa
  • Borang permohonan
  • Muat naik dokumen sokongan
  • Pembayaran melalui e-Payment (MOLPAY)
  • Penilaian dan pemilihan calon
  • Penjanaan surat tawaran
  • Semakan dan laporan

guest_flow

Selain pengguna utama yang terdiri daripada calon siswazah dalam dan luar negara, sistem ini juga digunakan oleh pihak fakulti dan Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) selaku urusetia sistem.

Dengan pelaksanaan Guest, semua permohonan kemasukan siswazah ke UKM dibuat secara online termasuk memuat naik dokumen-dokumen sokongan sehinggalah penjanaan surat tawaran kepada calon yang berjaya. Proses pemilihan oleh urusetia fakulti dapat dibuat dengan lebih cepat, efektif dan berkualiti kerana permohonan yang diterima telah ditapis syarat kelayakannya oleh sistem ini.

Urusan pembayaran untuk wang proses dibuat melalui kaedah e-Payment. Dengan kaedah ini, pihak urusetia BPA dan Jabatan Bendahari dapat memproses bayaran daripada pemohon dengan lebih cepat dan tepat.

 

 

 

Disediakan oleh: Zanariyah PTM

(Visited 5,986 times, 1 visits today)

7 comments

Leave a Reply to Ng peng yew Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *