Pengenalan

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam halatuju ke arah Amalan Baik Alam Sekitar dalam Industri Pembinaan telah meluluskan sebuah projek penyelidikan bertajuk Waste Minimisation and Recycling Potential of Construction Materials untuk dilaksanakan oleh Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) dengan usahasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Projek ini diluluskan pada Disember 2001 dan mula beroperasi pada Januari 2002. Pelbagai pakar terlibat dalam projek ini, khususnya kepakaran dalam kajian alam sekitar dan sosio-ekonomi. Penyelidikan ini disasarkan menghasilkan beberapa contoh amalan baik dalam pengurangan penggunaan semula bahan buangan pembinaan.

Objektif

Menentukan ciri-ciri bahan buangan binaan dan mentakrif keupayaan pengurangan bahan buangan dan kitar semula.

Membangunkan kaedah piawai untuk menentukan penjanaan bahan buangan binaan.

Menilai keupayaan penjimatan kos bagi pengurangan bahan buangan dan kitar semula bahan binaan.

Menentukan penunjuk yang sesuai untuk keperluan pengurusan bahan buangan binaan bagi membantu pembuat polisi dan keputusan dalam industri pembinaan di Malaysia.

Faedah


Kajian ini dapat membantu CIDB, Pihak Berkuasa Tempatan dan Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan dalam usaha ke arah pembangunan mampan industri pembinaan Malaysia dari segi pengurusan bahan binaan khususnya dalam pengurangan penggunaan sumber dan kitar semula bahan buangan binaan. Kaedah piawaian yang akan ditentukan dapat menjelaskan tentang aliran bahan yang berguna untuk penjimatan alam sekitar di tahap projek, negeri dan negara bagi mengurangkan bahan buangan binaan dan inisiatif kitar semula. Pihak pemaju dan pembekal bahan binaan akan mendapat faedah bagi tujuan mengitar semula bahan buangan binaan.

Copyright Reserved © 2005 LESTARI