Dana Waqaf Umum
Program Dana Waqaf UKM
Universiti Kebangsaan Malaysia menyediakan program penjanaan Dana Waqaf dan Infaq UKM sebagai salah satu aktiviti penjanaan dana oleh Yayasan Canselor.
Program ini bertujuan untuk memudahkan warga dan Alumni UKM, serta masyarakat umum menyumbang sejumlah wang kepada UKM sebagai amalan kebajikan berasaskan konsep waqaf (endowmen) dan infaq (sedekah). Program ini membolehkan seseorang peserta merancang aktiviti kebajikan mengikut kemampuan kewangannya. Peserta dapat mengumpul wang secara beransur-ansur dalam tempoh pilihannya dan kemudian jumlah yang terkumpul itu disumbang sebagai waqaf ataupun sebagai derma.
Dari segi istilah, waqaf bererti menahan harta yang dapat diambil manfaatnya untuk kebaikan tanpa menghabiskan harta induk itu. Harta itu dapat dimanfaatkan atau digunakan hasilnya untuk tujuan amal, selama mana harta tersebut masih ada.
Infaq pula adalah amalan mulia menderma dimana sumbangan seseorang itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan segera.