Biasiswa Dr. Lee Siew Keong

untitled

[TUTUP] PERMOHONAN BIASISWA DR. LEE SIEW KEONG SESI AKADEMIK 2018 / 2019

Sukacita dimaklumkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempelawa para mahasiswa/i UKM TAHUN SATU (1) & TAHUN DUA (2) untuk memohon Biasiswa Dr. Lee Siew Keong bagi Sesi Akademik 2018 / 2019.

Dr. Lee Siew Keong, pengasas bagi kumpulan syarikat ini, melalui SKG Group of Companies telah menyediakan dana pendidikan ini untuk diagihkan kepada para mahasiswa/i UKM yang layak bagi membantu meringankan beban mahasiswa/i di UKM.

Biasiswa ini akan meliputi perkara-perkara berikut:

  1. Yuran pengajian.
  2. Yuran penginapan.
  3. Yuran khas yang lain (aktiviti pelajar / perpustakaan dan lain-lain).
  4. Kos sara hidup.

Syarat-syarat untuk layak memohon:

  1. Mahasiswa UKM & warganegara Malaysia sahaja.
  2. Terbuka kepada mahasiswa/i PRASISWAZAH TAHUN SATU (1) & TAHUN DUA (2) sepenuh masa sahaja.
  3. Pendapatan isi rumah RM 4,000.00 atau kurang.
  4. Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) tidak kurang daripada 2.75; dan
  5. Tidak mendapat sebarang penaja yang lain (kecuali bantuan zakat, dermasiswa, hadiah atau mana-mana bantuan yang bersifat one-off). Pelajar yang telah memohon / mendapat pinjaman PTPTN hendaklah menamatkan pinjaman tersebut jika berjaya memperolehi Biasiswa Dr. Lee Siew Keong ini.

Sila pastikan setiap maklumat yang diminta diisi dengan lengkap dan betul. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

Sila klik pautan ini untuk memohon:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfOscC_OZJ38R6hteCGuVvdio-nO1lflGVOqwfyEYuza1o0Ug/formResponse

Permohonan Biasiswa Dr. Lee Siew Keong Sesi Akademik 2018 / 2019

Tarikh tutup permohonan: 21 September 2018; 5.00 petang.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Yayasan Canselor
Aras 4, Bangunan Canselori
Univeristi Kebangsaan Malaysia
(Tel) 03-8921 4178 / 03 8921 4663 (En. Redzuan) / 03 8921 4661 (Shyris)
email: pghyc@ukm.edu.my