Dana Wakaf Ilmu UKM (DWIUKM)

banner

Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), sebuah agensi di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang merupakan mutawalli tunggal di Negeri Selangor telah mewujudkan program Dana Wakaf Ilmu UKM (DWIUKM) bagi membolehkan para pewakif yang budiman berwakaf kepada UKM.

DWIUKM ini diwujudkan selari dengan hasrat universiti bagi mewujudkan satu bentuk infrastruktur kewangan yang lestari bagi membantu menjaga kebajikan pelajar UKM khususnya serta keseluruhan warga UKM secara amnya. Selain daripada objektif utama ini, DWIUKM juga akan berfungsi bagi merancakkan lagi program-program akademik, penyelidikan, jaringan industri dan mobiliti pelajar di UKM.

Yayasan Canselor selaku urusetia bagi DWIUKM ini mengalu-alukan anda untuk bersama-sama merealisasikan usaha murni ini dengan berwakaf melalui program ini. Sila klik brosur promosi di bawah bagi mendapatkan borang sumbangan wakaf dan bagi kakitangan UKM yang ingin berwakaf secara potongan gaji bulanan, sila muat turun Borang Persetujuan Potongan Gaji di bawah. Sila kembalikan borang yang telah lengkap diisi kepada Yayasan Canselor melalui surat, faks (03 8921 4667) atau emelkan kepada pghyc@ukm.edu.my.

Sumbangan wakaf anda amat besar nilainya dan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Muat Turun

Brosur Wakaf 1 | Brosur Wakaf 2

Borang Persetujuan Potongan Gaji