Yayasan Canselor

 The Chancellor's Foundation of UKM

Latar Belakang

Yayasan Canselor berperanan dalam governan dan tadbir urus Kursi Kecemerlangan & Dana Endowmen di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ketika ini Yayasan Canselor menguruskan sebanyak sepuluh (10) Kursi Kecemerlangan dan sepuluh (10) Dana Endowmen. Kursi Kecemerlangan & Dana Endowmen ini kian bertambah hasil daripada pelbagai inisiatif pada peringkat fakulti dan institut dalam melestarikan jaringan kerjasama dan kolobarasi dengan pihak luar. Di Yayasan Canselor, Kursi Kecemerlangan dan Dana Endowmen diuruskan dibawah Unit Kursi dan Dana Endowmen atau Chair & Endowment Fund Unit (CEFU).

Terdapat persamaan dan perbezaan antara Kursi Kecemerlangan & Dana Endowmen. Persamaan bagi kedua-duanya adalah nilai prinsipal terhadap Kursi Kecemerlangan dan Dana Endowmen adalah dipelihara, dikekalkan dan tidak boleh dibelanjakan. Hanya hasil pelaburan Kursi dan Dana Endowmen (dividen) akan digunakan untuk semua aktiviti serta perbelanjaan Kursi dan Dana Endowmen.

Terdapat dua perbezaan utama antara Kursi Kecemerlangan dan Dana Endowmen. Perbezaan pertama adalah dari segi nilai prinsipal.

Perbezaan kedua adalah pada pelantikan Penyandang Kursi.

Secara keseluruhan, Yayasan Canselor bertindak sebagai sekretariat pengurusan dan penubuhan Kursi Kecemerlangan & Dana Endowmen. Sehubungan itu, Unit Kursi dan Dana Endowmen (CEFU) sentiasa memastikan Kursi Kecemerlangan & Dana Endowmen ini ditadbir urus dengan baik selaras dengan objektif penubuhan Kursi dan Dana Endowmen.