Yayasan Canselor

 The Chancellor's Foundation of UKM

Sumbangan dan Tajaan

LATAR BELAKANG

Unit Tajaan, Sumbangan, Biasiswa dan Hadiah Yayasan Canselor berperanan dalam mengumpul dana daripada sumber luar dalam melestarikan kewangan Universiti.  Yayasan Canselor amat  mengalu-alukan sokongan kewangan dan penajaan  daripada  semua pihak termasuklah institusi awam, pihak swasta, sektor korporat dan individu perseorangan bagi menjayakan hasrat ini. Unit ini juga memberikan khidmat sokongan kepada PTj lain di UKM bagi mengenal pasti penyumbang dana yang berpotensi.  Yayasan Canselor sentiasa bekerjasama dengan PTj  membina hubungan baik dengan pihak penyumbang, serta komited untuk menjayakan matlamat kolaborasi tersebut. 

Sumber dana adalah pelbagai sama ada berbentuk kewangan, penajaan ruang, penambahbaikan infrastruktur, pembiayaan R&D dan juga pembangunan modal insan. Hasrat penyumbang akan diterjemahkan mengikut padanan PTj serta aktiviti-aktiviti universiti yang  telah dipersetujui bersama.  Antara jalinan kerjasama yang sedang dijalankan adalah bersama rakan industri Syarikat Return Legacy Sdn Bhd, ARB Berhad, Orogenic Resources Sdn Bhd  dan Pantai Parkway.

JALINAN KERJASAMA

FUNGSI UNIT

  1. Membina jaringan hubungan kerjasama dengan pihak industri.
  2. Menguruskan dan mengendalikan urusan penajaan, sumbangan, biasiswa dan hadiah.
  3. Mengurus dan memastikan perolehan dana dibuat mengikut prosedur dan peraturan Universiti.
  4. Memastikan perincian  kerjasama mengikut persetujuan bersama antara UKM dan pihak penyumbang.
  5. Merancang strategi dan melaksanakan inisiatif-inisiatif bagi mencapai dasar-dasar atau matlamat yang telah ditetapkan.
  6. Memantau pelaksanaan jalinan kerjasama.