KEMPEN BAYAR ZAKAT DI UNIVERSITI

KEMPEN BAYAR ZAKAT DI UNIVERSITI MELALUI SKIM POTONGAN GAJI

 

Bagi menyahut saranan YBhg. Naib Canselor untuk meningkatkan kebolehupayaan Universiti menyantuni asnaf warga UKM, maka warga UKM  adalah dipelawa melaksanakan tanggungjawab menunaikan zakat melalui Skim Potongan Gaji di Jabatan Bendahari melalui beberapa kaedah seperti berikut:-

 

  1. Hadir ke Kaunter Zakat UKM di alamat:

Kaunter Zakat UKM Aras Bawah

Masjid Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 Bangi SELANGOR

 

  1. Pegawai kami datang ke pejabat/ bilik/ tempat tuan/puan dengan menghubungi kami untuk janji temu ditalian:

– 011-3729 2551 (Abdul Rahman) Mesej/ Whatsapp/ telefon

– 014-511 2425 (Marzuki) Mesej/ Whatsapp/ telefon

– 03-8921 4225/ 5820 telefon

– maklumat diperlukan (Nama, tempat temujanji, masa dan tarikh)

 

  1. Melalui e-mail (muhammad.tajuddin@ukm.edu.my) bagi Potongan Zakat melalui Gaji atau mengatur janji temu:

– Potongan Zakat Melalui Potongan Gaji – Maklumat yang diperlukan (no. Pekerja/ jumlah potongan/ bulan bermula potongan Zakat)

– Atur Janji Temu – (Nama, tempat janji temu, masa dan tarikh)

 

  1. Mengisi borang potongan zakat di pautan http://www.ukm.my/bendahari/wp-content/uploads/2019/04/Borang-Potongan-Gaji.pdf dan emel ke :

–  infozakat@ukm.edu.my

–  muhammad.tajuddin@ukm.edu.my

 

(Nota : Pembayaran Zakat UKM akan memperolehi Resit Rasmi Bayaran Zakat Lembaga Zakat Selangor bagi tujuan pelepasan cukai atau  sebagai dokumen lampiran e-filing (ez-HASiL : Lembaga Hasil Dalam Negeri)