AGIHAN ZAKAT KEPADA ASNAF KAKITANGAN YANG DITIMPA MUSIBAH RIBUT

Bahagian Zakat dengan kerjasama Kelab Kakitangan Jabatan Bendahari hari ni (20 April 2019) mengadakan gotong royong membersih rumah kakitangan yang rosak dipukul akibat ribut pada 7 April 2019. Kerosakan tersebut mengakibatkan keseluruhan atap, dinding dan lantai rumah dengan nisbah kerosakan 80%.

Seramai lebih 25 kakitangan yang hadir menyertai gotong royong ini yang melibatkan kerja-kerja membuang barang yang rosak, membersih persekitaran dan mengemas halaman rumah mangsa. Pihak Bahagian Zakat telah memperuntukan sebahagian dari dana agihan zakat universiti untuk membantu keluarga mangsa membina semula rumah yang telah rosak.

kami berharap bantuan awal ini dapat meringankan beban dan kesulitan dihadapi keluarga mangsa. Mereka bukan hanya kehilangan tempat tinggal, bahkan segala barangan keperluan harian turut musnah dalam kebakaran petang kelmarin. Kerja-kerja baik pulih semula rumah akan bermula dalam masa terdekat.