ANDA MEMANG CEMERLANG !

Itulah perkataan yang paling sesuai untuk kami ungkapkan kepada 1,250 pelajar UKM yang berjaya meraih keputusan PNGK cemerlangĀ  3.67 dan ke atas bagi semester 1 sesi 2019/2020, seterusnya melayakkan mereka menerima Insentif Kecemerlangan Zakat UKM berjumlah RM200.00/ pelajar.

 

Semua pelajar cemerlang tersebut adalah terdiri daripada 13 fakulti yang berada di UKM mewakili pelbagai bidang dan kepakaran. Bahagian Zakat mengimpikan agar insentif ini menjadi salah satu perintis serta pembakar semangat kepada para pelajar untuk terus mengejar kecemerlangan dalam akdemik sepanjang pengajian mereka di UKM.

 

Kami warga Zakat Universiti akan terus menyokong dan mendokog para pelajar dalam setiap penjuru agar impian untuk mengukir kecemerlangan pengajian dapat dicapai. Sekali lagi kami merakamkan ucapan tahniah dan semoga terus Berjaya.

 

Nota : Pembayaran insentif ini akan mula dilaksankan pada khamis (20/2/2020). Para pelajar dinasihatkan untuk mengemaskini no akaun bank di Sistem Maklumat Pelajar https://smp.ukm.my/ bagi mengelakkan kesulitan/kegagalanĀ  proses pembayaran insentif.

 

#zakatUKMbantu