BANTUAN MUSIBAH ZAKAT UKM 2021

Zakat Universiti mempelawa kepada semua warga UKM yang terlibat dengan bencana banjir yang mengakibatkan kerugian dan kerosakan kediaman atau harta benda untuk memohon bantuan Musibah Zakat UKM. Zakat universiti juga akan berusaha untuk melaksanakan bantuan pasca banjir setelah keadaan kembali reda dan selamat. Permohonan boleh dibuat melalui atas talian di pautan https://zakat.ukm.my/.

Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat kekangan untuk membuat permohonan secara atas talian, pemohon boleh emel kepada infozakat@ukm.edu.my atau menghubungi terus urusetia zakat di talian:

• 03-8921 4225 (Kampus Bangi)
• 03-9145 6526 (Kampus Kuala Lumpur)

Pemohon hendaklah menyediakan maklumat atau butiran seperti berikut :
1. Slip Gaji/ Pengesahan Pendapatan
2. Gambar-gambar semasa dan selepas banjir
3. Laporan Polis atau Pengesahan Ketua Kampung/Ketua Taman/JKK Penduduk