BANTUAN PERSEDIAAN PENGAJIAN TINGGI 2020

 

Bantuan Persediaan Pengajian Tinggi 2020 Bagi Anak-Anak Kakitangan UKM

Dimaklumkan Zakat Universiti mempelawa kepada semua warga kakitangan UKM yang berkelayakan untuk memohon Bantuan Zakat Persediaan Pengajian Tinggi 2020 bagi Anak-Anak Kakitangan UKM yang akan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi di peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma/ Asasi/ Matrikulasi/ Sijil.
Permohonan perlu dibuat melalui atas talian di : (sila klik URL di bawah)
1. Syarat Permohonan:
  • Warga Kakitangan UKM
  • Beragama Islam
  • Tergolong dalam kalangan Asnaf Fakir, Miskin dan Fisabilillah
  • Anak yang akan melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma/ Asasi/ Matrikulasi/ Sijil
2. Dokumen yang perlu dimuatnaik:
  • Pendapatan Pemohon dan Pasangan Sebulan (Penyata Gaji/ Penyata Pencen/ Surat Pengesahan Pendapatan Bekerja Sendiri / Tidak Bekerja – Suri Rumah)
  • Kad Pengenalan/ Sijil Lahir Tanggungan
  • Sijil Kematian (Jika berkenaan)
  • Sijil Cerai (Jika Berkenaan)
  • Surat Pengambilan Anak Angkat (Jika Berkenaan)
  • Surat Tawaran Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi
3. Kadar Bantuan (sekali sahaja):
  • Ijazah Sarjana Muda – RM 1,000.00
  • Diploma/ Asasi/ Matrikulasi – RM 700.00
  • Sijil – RM 500.00 * Diruangan maklumat tanggungan, sila isi semua tanggungan termasuk pasangan.
 
4. Tarikh Permohonan:
1 Julai 2020 hingga 31 Julai 2020
Sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian :
  • 03-8921 4225 (Bangi)
  • 03-9145 6526 (PPUKM, UKM KKL)
Tarikh Acara : Mula: 01/07/2020 Tamat: 31/07/2020
Masa Acara : Mula: 08:00 Pagi Tamat: 05:00 Petang
Url : https://zakat.ukm.my/