BANTUAN ZAKAT UKM KELAS TAMBAHAN & TUISYEN BAGI ANAK-ANAK KAKITANGAN 2019

 

Bantuan Zakat UKM Kelas Tambahan & Tuisyen Bagi Anak-anak Kakitangan UKM 2019 

Dimaklumkan Bahagian Zakat UKM membuka dan mempelawa semua kakitangan warga UKM untuk memohon Bantuan Kelas Tambahan bagi anak-anak di bawah tanggungan yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STAM dan STPM pada tahun ini.
Permohonan perlu dibuat secara atas talian – https://zakat.ukm.my
Syarat Permohonan
• Kakitangan UKM (Warganegara sahaja)
• Beragama Islam
• Pendapatan seisi keluarga dalam kategori Asnaf Fakir dan Miskin
Dokumen yang diperlukan (perlu disahkan oleh mana-mana Pegawai) dan sila muat naik (upload)
• Salinan Pendapatan (Penyata Gaji/ Penyata Pencen/ Borang Pengesahan Pendapatan)
• Salinan Kad Pengenalan/ Sijil Lahir Tanggungan
• Salinan Sijil Kematian (Jika berkenaan)
• Salinan Sijil Cerai (Jika berkenaan)
• Salinan Surat Pengesahan atau Resit Pusat Kelas Tambahan/ Tuisyen
Kadar Bantuan Kelas Tambahan (one-off)
• UPSR : RM200.00/seorang
• PT3 : RM300.00/seorang
• SPM/STAM/STPM : RM400.00/seorang
Hubungi kami:
Zakat UKM Bangi: 03-8921 4225/5820
Zakat UKM Kampus Cheras dan KL: 03-9145 6526