ZAKAT UNIVERSITI BANTU PELAJAR YANG DITIMPA MUSIBAH KEBAKARAN RUMAH

Berlaku kejadian kebakaran yang mengakibatkan sebuah rumah pelajar rentung pada 16 Januari 2019 di Bukit Mertajam Pulau Pinang.  Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 2.00 pagi itu, telah memusnahkan keseluruhan rumah pelajar. Walau bagaimanapun, ianya tidak melibatkan nyawa terkorban. Pihak Bomba tidak berjaya menyelamatkan rumah mangsa dari musnah, namun berjaya mengawal api dari terus merebak ke rumah yang berhampiran.

Pada 19 Januari 2019 Zakat UKM hadir ke tempat kejadian untuk melihat kemusnahan tersebut. Dalam lawatan ini, sumbangan awal Zakat universiti  diserahkan kepada keluarga pelajar berjumlah RM5,000.00 bagi meringankan beban dan kesulitan yang dihadapi. Sumbangan telah disampaikan oleh Tuan Haji Abd. Razak Hussin Pengarah Eksekutif Pentadbiran UKM .

Lawatan susulan telah diadakan pada 30 Mac 2019 bagi membincangkan bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada keluarga pelajar. Lawatan susulan ini telah dihadiri oleh Puan Norini Mohamad Pengarah Eksekutif Kewangan UKM. Zakat UKM telah memperuntukkan sebahagian dana agihan Zakat universiti untuk disumbangkan kepada keluarga pelajar bagi membantu kerja-kerja membina semula rumah yang musnah.

 

Kerja-kerja pembinaan semula rumah telah mencapai 70% dan dijangka akan siap sepenuhnya sebelum tiba bulan Ramadhan. kami berharap bantuan  ini dapat membantu menyiapkan semula rumah yang sedang dibina.