JASA PENGERUSI TAZUKM (2015-2018) DIKENANG

2 Julai 2018, Selasa – Satu majlis telah diadakan bagi meraikan jasa bekas Pengerusi TAZUKM (2015-2018) iaitu Puan Khalijah Hj. Bakar dalam menerajui Zakat Di UKM selam 3 tahun. Beliau yang juga memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif Kewangan UKM telah banyak mencetuskan idea dalam melestarikan pengrusan zakat di UKM.  Majlis tersebut telah diadakan di Restuarant Al Diafah Al-Arabia, Kajang Selangor.

Seramai 17 dari 20 Ahli TAZUKM dan JAZUKM hadir dalam majlis tersebut. Antara yang hadir En Mokshin Tumin Memangku Pengarah Eksekutif Kewangan, YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Othman A Karim Profesor FKAB, Prof. Dr. Wan Kamal Mujani Dekan FPI, Dr. Abdul Rahman Mahmood Pengarah Pusat Islam UKM, En Muhammad Tajuddin Abdul Rahim Ketua Unit Zakat UKM dan lain-lain.

Majlis penyerahan tugas juga turut diadakan dengan penyerahan tugas yang dilakukan oleh Puan Khalijah Hj Bakar kepada En Mokshin Tumin sebagai Memangku Pengerusi TAZUKM.

Unit Zakat UKM merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Khalijah Hj Bakar atas jasa dan sumbangan beliau dalam mencemerlangkan Zakat di UKM. Banyak pembaharuan telah diwujudkan sepanjang beliau menjadi Pengerusi TAZUKM.