JOM SERTAI DAN SEMARAKKAN KEMPEN INDAHNYA BERZAKAT

 

*KEMPEN INDAHNYA BERZAKAT*

YBhg. Prof. Ulung/ Prof./ Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

Sukacita dimaklumkan Bahagian Zakat UKM kini sedang menganjurkan Kempen Indahnya Berzakat di seluruh kampus UKM yang bertujuan untuk menggalakkan semua warga Universiti menyertainya bagi menyantuni para asnaf melalui potongan zakat bulanan secara potongan gaji. Ini kerana, hasil kutipan zakat yang diperolehi akan diagihkan kepada asnaf di UKM yang layak. Sehingga kini, sebanyak RM6,039,116.53 telah diagihkan bagi tahun 2019 melibatkan 6,986 orang penerima.

Atas perhatian dan sokongan YBhg. Prof. Ulung/ Prof./ Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, ke atas perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kutipan dan Agihan Universiti boleh layari http://www.ukm.my/zakat dan http://www.ukm.my/zakat/borang/eborang untuk sertai kempen ini.

Sekian, terima kasih