LAPORAN PENUH PRESTASI ZAKAT UNIVERSITI BAGI TAHUN 2019

  • Bahagian Zakat Jabatan Bendahari bertanggungjawab menguruskan segala hal ehwal yang berkaitan Zakat di Universiti. Tanggungjawab tersebut merangkumi segala perkara melibatkan kutipan, agihan, program dan lain-lain.

.

  • Kebenaran menguruskan zakat diperolehi daripada MoA antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama Lembaga Zakat Selangor (LZS) sejak tahun 2007. Hasil MoA ini, UKM diberi kuasa untuk mengutip zakat di kampus serta mengagihkannya kepada warga yang layak sebanyak 43.75% daripada jumlah keseluruhan kutipan zakat Universiti. Manakala 6.25% diperuntukan bagi pengurusan amil zakat di UKM.

.

.

  • Kutipan
  • Kutipan Zakat meningkat sebanyak 9.5% (RM1,237,206.27) dengan jumlah keseluruhan kutipan adalah RM14,323,554.90 berbanding pada tahun 2018 berjumlah RM13,086,348.63.

.

  • Peruntukan Dana Agihan
  • Peruntukan dana agihan juga meningkat sebanyak 20% iaitu RM1,160,027.30 dengan jumlah keseluruhan RM6,885,304.83 bagi tahun 2019 berbanding tahun sebelumnya iaitu RM5,725,277.53.

.

  • Agihan
  • Berlaku sedikit penurunan agihan zakat pada tahun 2019 iaitu sebanyak 6.03% berjumlah RM387,652,06 dengan keseluruhan agihan sebanyak RM6,039,116.53.

.

  • Pembayar Zakat
  • Jumlah pembayar zakat melalui Skim Potongan Gaji (SPG) turut meningkat sebanyak 0.9% berdasarkan jumlah potongan semasa iaitu, pertambahan seramai 36 orang pembayar baharu dengan jumlah keseluruhan pembayar adalah seramai 3,957 kakitangan bagi tahun 2019.

.

  • Sorotan ringkas laporan jumlah kutipan, peruntukkan dana agihan, agihan dan pembayar zakat bagi tahun 2019.

.

.

  • Perincian Kutipan Zakat Bagi Tahun 2019
  • Graf menunjukkan kenaikan kutipan zakat universiti selama 4 tahun berturut-turut. Kutipan ini terdiri daripada 3 sumber utama iaitu kutipan melalui potongan gaji kakitangan (SPG), kutipan di kaunter dan sumbangan zakat korporat.

.

.

  • Perincian Peruntukan Dana Agihan Zakat Bagi Tahun 2019
  • Peruntukan dana agihan zakat Universiti adalah hasil daripada 3 sumber utama iaitu pulangan semula (43.75%) oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang diambil daripada jumlah keseluruhan kutipan zakat di UKM serta sumbangan zakat korporat daripada anak syarikat universiti, syarikat perbankan dan lain-lain syarikat.

.

.

  • Perincian Agihan Zakat Bagi Tahun 2019
  • Umumnya zakat Universiti diagihkan kepada 2 kategori utama iaitu individu dan program. Agihan kepada individu ini melibatkan 2 kumpulan sasaran iaitu pelajar mahupun kakitangan. Sebanyak lebih 25 jenis bantuan disediakan berasaskan 3 teras utama iaitu keperluan harian, pendidikan, kesihatan dan lain-lain keperluan. Berikut merupakan laporan pencapaian agihan zakat bagi tahun 2019.

.

  • Graf 1 menunjukkan pencapaian agihan dalam 3 tahun manakala Carta Pai 1 menerangkan berkaitan pecahan agihan mengikut asnaf.

.

.

  • Jumlah keseluruhan agihan zakat di universiti bermula dari tahun 2013 sehingga 2019 adalah berjumlah RM30,312,814.66.

.

  • Perincian Statistik Pembayar Zakat Melalui Skim Potongan Gaji (SPG)

.

  • Kenaikan sebanyak 0.9% (36 pembayar baharu) bagi tahun 2019 menjadikan jumlah keseluruhan pembayar zakat melalui Skim Potongan Gaji (SPG) adalah seramai 3,957 pembayar berbanding tahun sebelumnya iaitu seramai 3,921 pembayar.

.

  • Berikut merupakan statistik jumlah pembayar zakat baharu, jumlah kakitangan yang menambah bayaran zakat, jumlah kakitangan yang menamatkan atau mengurangkan bayaran zakat bagi tahun 2019.

.

.

  • Laporan Program Kutipan Dan Agihan Bagi Tahun 2019
  • Berikut merupakan program kutipan yang telah dilaksana kan sepanjang tahun 2019.

.