MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI UKM – JEMPUTAN KHAS PELAJAR ETNIK ROHINGYA

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UKM 2017 telah diadakan pada 21 Julai 2017 di DECTAR UKM. Pelbagai aktiviti disediakan bagi memeriahkan majlis tersebut. Begitu juga juadah yang pelbagai turut disediakan seperti kambing golek, lemang satay, cendol, dan lain-lain.

 

Kelainan yang terdapat dalam majlis kali ini ialah jemputan istimewa Unit Zakat UKM iaitu Pelajar  dari Sekolah Etnik Rohingya, Serdang. Seramai 34 pelajar dan diiringi 4 orang guru hadir untuk memeriahkan lagi majlis. Majlis turut diserikan dengan penyampaian Duit Raya Zakat UKM kepada pelajar Sekolah Etnik Rohingya yang telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato seri Dr. Ibrahim Saad, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Unit Zakat UKM telah memperuntukkan RM 2,200.00 untuk Sumbangan Duit Raya Kepada Pelajar dan Guru Sekolah Etnik Rohingya, Serdang.