PENYEDIAAN BANTUAN MAKANAN DI KAMPUS UKM – TEMPOH PKP COVID-19

Makluman :

Bantuan Kecemasan Zakat kepada pelajar ditangguhkan sementara waktu.

Hal ini adalah kerana Bahagian Zakat UKM dan Pusat Hal Ehwal Pelajar telah mengambil inisiatif dengan menyediakan makanan kepada pelajar-pelajar yang tinggal di kolej melalui kafeteria yang beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan ini bermula 18 Mac 2020.

Sehubungan dengan itu, pelajar dijemput untuk mengambil makanan yang disediakan secara *PERCUMA* seperti jadual berikut :

Sarapan Pagi : 8.00 – 10.00 pagi
Makan Tengahari : 12.00 tengahari – 2.00 petang
Makan Malam : 6.00 petang – 7.00 malam

Sekian, terima kasih.

#juststayathome
#staysafemalaysia