TAHNIAH KEPADA PENERIMA INSENTIF KECEMERLANGAN ZAKAT UKM 2017

 

Warga Unit Zakat UKM merakamkan ucapan tahniah kepada 1,318 mahasiswa/i UKM yang menerima insentif kecemerlangan Zakat UKM berjumlah RM 200.00/seorang. Kecemerlangan ini diambil kira bagi mahasiswa/i yang memperolehi pencapian PNGS 3.67 dan ke atas pada semester 1 2016/2017 .

 

Ucapan tahniah juga turut dirakam kepada 2 orang Mahasiswi yang berjaya menerima insentif kecemerlangan Khas iaitu berjumlah RM 500.00/seorang di atas rekod peningkatan PNGS yang tertinggi. Penyampaian telah diadakan pada 16 Jun 2017 dalam Majlis Iftar dan Ramah Mesra Zakat UKM 2017. Penyampian insentif tersebut telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Ir. Othman A. Karim, Profesor, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM merangkap Ahli Jawatankuasa Tabung Amanah Zakat UKM.

Penerima Insentif Kecemerlangan Khas ialah :
1. AFIFAH ZAKIYYAH JURI-A144137 (FKAB) 
2. TENGKU ATHIRAH TENGKU AZHAR-A146465 (FUU) 
Unit Zakat UKM telah memperuntukan sebanyak RM 264,200.00 untuk menjayakan program ini. Pihak Zakat UKM berharap agar kecemerlangan ini dapat diteruskan oleh para mahasiswa/i bagi memartabatkan agama Islam di Malaysia.