TERKINI : BAHAGIAN ZAKAT, PUSAT ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

 

Penempatan Baharu Bahagian Zakat, Jabatan Bendahari
.
Merujuk Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Bil. 91/2020 mengenai penggabungan Bahagian Zakat Jabatan Bendahari di bawah Pentadbiran Pusat Islam UKM, dimaklumkan bahawa penggabungan ini akan berkuat kuasa pada 1 Oktober 2020 (Khamis) dan menjadikan Bahagian Zakat kini di bawah pentadbiran Pusat Islam UKM.

.
Sehubungan itu, segala urusan surat menyurat adalah merujuk kepada alamat baharu seperti berikut:
.
Bahagian Zakat Pusat Islam Aras 1,
Masjid Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
.
Keprihatinan tuan/puan mengenai perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian dimaklumkan, terima kasih