Zakat Universiti

 Tabung Amanah Zakat UKM

Had Kifayah

APA ITU HAD KIFAYAH?


Had Kifayah merupakan suatu garisan kecukupan bagi seseorang individu atau bagi sesebuah keluarga. Dalam konteks kajian ini, had al-kifayah merujuk kepada suatu garisan, had atau kadar keperluan asas minimum yang ditetapkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) berdasarkan kos sara hidup masa kini. Had ini juga digunakan bagi mengetahui berapakah kadar yang perlu dibantu untuk menepati kecukupan perbelanjaan asasi.

Penilaian yang dibuat dalam menentukan had kifayah ini merangkumi enam ( 6 ) aspek iaitu perlindungan, makanan, pakaian, perubatan, pendidikan dan pengangkutan. Penilaian ini dibuat berdasarkan kepada nas-nas yang digunapakai oleh ulama Islam di dalam menentukan keperluan asasi manusia

Melalui haddul kifayah juga akan memudahkan proses permohonan bantuan. Unit Zakat UKM dapat membahagikan pemohon kepada kategori fakir (termiskin) atau kategori miskin. Hanya ASNAF FAKIR dan ASNAF MISKIN sahaja yang ditentukan berdasarkan Garis Panduan HAD KIFAYAH.

Universiti menggunapakai kadar Had Kifayah yang ditetapkan oleh Pihak LZS. Maklumat lanjut mengenai Had Kifayah boleh layari;

Kadar Had Kifayah