INFO

Berdasarkan perjanjian Pelantikan Penolong Amil IPT diantara Lembaga Zakat Selangor dan Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah dimeterai pada tahun 2005. Struktur Organisasi adalah seperti berikut :-

Bertanggungjawab dalam merangka dan menggubal polisi serta dasar kutipan dan agihan zakat di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan persetujuan bersama Lembaga Zakat Selangor (Ahli-ahli didalam Jawatankuasa TAZUKM adalah merupakan pengurusan tertinggi UKM)

Bertanggungjawab dalam melaksana dasar kutipan dan agihan zakat serta kuasa meluluskan permohonan bantuan zakat di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan lantikan kuasa yang diberikan oleh TAZUKM.

Bertanggungjawab dalam melaksana segala urusan operasi kutipan dan agihan zakat di Univeristi Kebangsaan Malaysia.