Zakat Universiti

 Tabung Amanah Zakat UKM

Latar Belakang

 

Bahagian Zakat Jabatan Bendahari ditubuhkan hasil dari MoU antara UKM dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada tahun 2005. Rentetan dari MoU ini, dibentuk dua jawatankuasa yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal zakat di UKM yang mana, TAZUKM merupakan jawatankuasa induk dan JAZUKM sebagai jawatankuasa agihan zakat.

 .

Jawatankuasa TAZUKM berperanan menjalankan semua bidang kuasanya sepertimana yang telah diperuntukan iaitu:

.

  1. Memantau dan mengawal segala urusan yang berkaitan zakat di UKM.
  2. Membuat keputusan terhadap dasar dan fungsi zakat UKM tertakluk kepada kawalan dan nasihat pihak Universiti dan Lembaga Zakat Selangor (LZS).
  3. Menubuhkan Jawatankuasa dan menurunkan kuasa kepada mana-mana jawatankuasa atau ahli untuk menjalankan tanggungjawab pengurusan zakat.
  4. Meluluskan pengurusan dana zakat, aktiviti, perancangan dan program termasuk semua perkara di bawah bidang kuasa yang dibenarkan.

.

Jawatankuasa JAZUKM pula berperanan menjalankan semua bidang kuasanya sepertimana yang telah diperuntukan iaitu:

.

  1. Mengurus dana agihan zakat mengikut tatacara pengurusan agihan yang telah ditetapkan.
  2. Memastikan keberkesanan pengurusan agihan yang dirancang dan dijalankan.
  3. Merancang jenis bantuan, kadar bantuan, aktiviti dan program yang komprehensif kepada penerima

.

Di bawah 2 jawatankuasa ini, terdapat Bahagian Zakat yang terdiri daripada 7 orang kakitangan bertanggungjawab menjalankan segala urusan pentadbiran berkaitan hal ehwal zakat seperti yang dirancang dan diputuskan oleh jawatankuasa-jawatankuasa di atas.

.

Malah, beberapa kelebihan secara signifikan diperolehi hasil dari MoU tersebut antaranya, UKM dilantik sebagai Penolong Amil yang berkuasa mengutip dan mengagihkan zakat terus kepada warga dengan nisbah agihan 1:1 di antara UKM dan LZS. Nisbah tersebut berdasarkan dari jumlah keseluruhan kutipan zakat tahunan di UKM. Pembahagian 6.25% diperuntukan untuk pengurusan pentadbiran, manakalah 43.75% agihan kepada 5 golongan asnaf yang layak. 

.

Bahagian zakat mendokong penuh aspirasi UKM dalam membangunkan institusi cemerlang, berinovasi dan produktif dengan menyediakan 21 jenis bantuan zakat kepada kakitangan dan pelajar yang berkelayakan. Bantuan-bantuan ini sangat berpotensi dalam membentuk sumber manusia yang cemerlang untuk kesinambungan institusi yang gemilang.