KESIMPULAN

 
 

Air sangat diperlukan oleh manusia, dan punca air tawar yang terbanyak sekali diperoleh terdapat di bawah tanah. Pertambahan permintaan air telah mendorong memajukan sumber-sumber air bawah tanah. Penambahan perusahaan, perbandaraan dan perumahan luar bandar menyebabkan permintaan air bertambah. Untuk menampung masalah pengairan, maka air tanah digunakan. Kegagalan dalam pengurusan air tanah ini menyebabkan banyak masalah yang berlaku seperti masalah amblesi. Oleh itu, kesedaran tentang pentingnya air bawah tanah ini haruslah dipertingkat diperingkat kanak-kanak lagi bagi mengelakkan masalah yang lebih buruk akan berlaku.