PUNGUTAN SUARA RAKYAT

 

Rakyat seharusnya menubuhkan persatuan dengan ahli-ahli yang memahami persekitaran dan bermoral tinggi. Merekalah yang akan membincangkan hubungan sosial, berbincang dan memberikan pandangan yang sendiri dan membantu mengatasi masalah ini tanpa rasa takut. Kata perdana menteri, Dato Seri Dr Mahathir, mengatakan bahawa kerajaaan tidak akan meluluskan projek jikalau terdapat masyarakat yang berani mensuarakan pendapatnya tentang masalah pembinaan ini.

            Terdapat contoh yang amat baik, Taman Antarabangsa Jerai ( Jerai International Park )  telah ditolak pelaksanaan taman tersebut oleh UMNO tempatan dan NGOs seperti ABIM setelah  mengemukakan pandangan dan buktinya daripada rakyat tersendiri. Dari sini juga, perdana menteri juga telah menjadi saksi bagi masalahg ini dalam Kefahaman dalam Memorandom.

            Rakyat juga boleh mendapat pampasan hak insurans daripada syarikat yang melaksanakannya. Ini seharusnya dilaksanakan dalam projek Empangan Bakun juga yang tidak diselesaikan sehingga hari ini.

 

PENDEDAHAN MELALUI PENDIDIKAN

 

Pendidikan telah memainkan peranan penting kepada generasi muda sekarang. Lebih-lebih lagi dalam bidang sains dan teknologi. Dengan ini , kerajaan telah menggalakkan pengetahuan sains sejak lagi di sekolah rendah. Pada masa darjah 4,5, dan 6 hanya diberikan pengetahuan am mengenai kepentingan empangan. Tetapi setelah tingkatan 1 hingga 5,pelajar telah diberikan pengetahuan mengenai lokasi pembinaan dalam geografi, kepentingan ekosistem dalam sains dan kesan penbinaan manusia keatas pesekitaran.

            Apabila di universiti, pengetahuan ini telah memberikan pandangan dan pemahaman ringkas. Ini telah menggalakan lanjutan kajian dalam tesis dan  pembelajaran kuliah yang boleh digunakan seterusnya sewaktu kerja. Generasi inilah yang akan membantu menyuarakan pendapatnya dan tentangan mengikut apa yang telah dipelajari. Selain itu, mereka dapatlah mengatasi masalah serta menguruskan semula persekitaran dengan bijak.

 

UNDANG-UNDANG

 

Kerajaan telah mengetatkan undang-undang berkaitan dengan alam sekitar. Selain itu, terdapat pelbagai akta, ordinan, dan undang-undang dilaksanakan.Terdapat satu jabatan yang mengawal alam sekitar iaitu Jabatan Alam Sekitar ( JAS ) atau dikenali sebagai  Department of Environment (DOE ). Jabatan ini telah mengawal semua kegiatan yang mengenai tentang alam persekitaran dan  ekologi yang semulajadi.

            Terdapat juga edimen yang menjaga kepentingkan ekologi yang seimbang. Antaranya, Environmental Quality Act ( EOA ) dan Environmental Impact Assessment (EIA) telah mengeluarkan order pada 1995 yang menggantikan order 1987.

Di Sarawak telah menubuhkan satu jabatan yang mengawal dan menjaga persekitaran ini iaitu Sarawak Natural Resources and Environment Board (NREB).

Contoh kes adalah kes yang telah dipertingkaikan sehingga sekarang Projek Bakun. Projek ini sebenarnya tidak mengikut prosedur EIA dan EOA. Kedua-dua edimen ini telah mempertingkaikan projek ini yang membawa masalah kepada penduduk.

 

PIHAK BERKUASA DAN PERANCANGAN

 

Pada masa sekarang, setiap pihak berkuasa telah diminta meyediakan proposal termasuk langkah dan undang-undang yang dikenakan oleh EIA. Pihak perancangan projek empangan juga diminta mendapatkan soalselidik daripada penduduk tempatan. Lebih- lebih lagi penduduk sekitar yang hendak dijalankan projek pembinaan empangan tersebut. Ini adalah bertujuan untuk mendapat pandangan dan kepastian secara lebih mendalam.

            Pihak kerajaan meminta pihak berkuasa menggunakan edimen yang dicadangkan oleh EIA bagi memastikan pelan atau perancangan dan pembinaan projek teratur.

Contoh yang paling baik adalah pada Tasik Kenyir telah memberikan kesan yang amat positif .Gambar di ini menunjukkan persekitaranTasik Kenyir. Kawasan Hilir Empangan Kenyir. Foto WWFM / G. Davison. WWF Duniaku

 

 PEMBINAAN DI KAWASAN SEMULAJADI

 

 Kawasan sebelumnya wujud banjaran di tengah         

       

             Cara yang paling baik adalah memilih kawasan yang mempunyai bentuk muka bumi yang semulajadi untuk pembinaan. Pemilihan ini adalah sukar disebabkan pembinaan terletak diantara dua gunung. Sungai ini akan mengalir di antara dua sungai.masalah yang timbul adalah pembentukan banjaran ini memerlukan masa yang panjang dan sukar dicari.      

 

     

     Daya      

Daya bertindak menyebabkan pergerakan tektonik.dengan ini sungai wujud

               Gambarajah ini menerangkan lebih mendalam lagi bagi situasi di atas.

 

                 Pembinaan empangan juga boleh dilakukan di kawasan sungai yang menjangkau usia yang lama. Keadaan tanih di sekitar tersebut adalah lebih stabil.                                                                                                                                                                                                

                                                                     

PENUBUHAN PERSATUAN PENCINTA ALAM

 

Malaysia mempunyai persatuan swasta dalam pencinta alam. Antaranya adalah Pencinta Alam Malaysia ataupun Malaysia Nature Society (MNS) dan World Wildlife Fund (WWF) Pencinta alam ini boleh menyebarkan maklumat kepada penduduk tentang kepentingan alam terhadap manusia.                         

            Selain itu,persatuan ini telah menyedarkan orang ramai tentang ke alam ini dan memberikan pengetahuan kepada kanak-kanak supaya sedar tentang kepentiangannya. Terdapat juga kajian dan surat yang menyerukan masalah secara detil tanpa menyembunyikan masalah rasuah tentang alam persekitaran. Ini seterusnya membolehkan projek-projek yang tidak mengikut prosedur dibatalkan.

Sebagai contah, pada tahun 1993 hingga 1995, persatuan ini telah menuliskan beberapa artikel mengenai masalah Empangan Bakun dan telah memberikan kesedaran  kepada masyarakat.