KESAN-KESAN KEBAIKAN PEMBINAAN EMPANGAN

 

          Kesan-kesan baik ataupun tujuan pembinaan empangan ini adalah dapat membekalkan air kepada penduduk di kawasan terbinanya empangan.Ini memudahkan penduduk di situ menjalankan kehidupan seharian mereka.Di samping itu, pembinaan empangan ini dapat mengawal banjir.Banjir selalunya berlaku di kawasan tanah yang rendah.

            Tasik Kenyir merupakan contoh terbaik  kerana tasik ini adalah empangan buatan manusia yang di gunakan untuk menjana  kuasa elektrik selain daripada bertindak sebagai kawasan   takungan air seluas 38,000 hektar dan kawasan daratan seluas 171,199 hektar. Dengan merujuk Tasik Kenyir sebagai contoh, kita dapat melihat  perkembangan pesat sektor pelancongan yang banyak mendatangkan kesan yang positif dan sekaligus mendatangkan pulangan yang lumayan atau dengan kata lain sebagai sumber pendapatan.Antara contoh kawasan air terjun yang popular di Tasik Kenyir ialah Air Terjun Lasir, Air Terjun Saok, Air Terjun Tembat dan Air Terjun Pertam.

            Selain daripada mempunyai 340 buah pulau kecil dan besar yang asalnya adalah kemuncak bukit yang di tenggelami air kawasan Tasik Kenyir juga terkenal sebagai destinasi memancing utama di Malaysia. Pelbagai spesis ikan air tawar yang mahal harganya terdapat di dalam tasik ini di antaranya ikan toman, sebarau, kaloi, kelah, lampam  dan kelisa  dan faktor ini sekaligus mendatangkan kesan yang positif dari sudut ekonomi dan perlancongan .

            Gua Bewah dan Gua Taat  yang terdapat  di Tasik Kenyir ini merupakan dua buah gua yang penuh dengan bahan –bahan sejarah.Melalui penemuan para pengkaji sejarah dari  Muzium Negeri Terengganu telah menemui pelbagai kesan peninggalan seperti rangka  manusia dan peralatan zaman pra –sejarah termasuk senjata dan peralatan memasak. Segala bentuk penemuan ini membuktikan bahawa  kesan daripada pembinaan empangan ini turut membantu dalam bidang arkeologi, pengkajian fosil serta membantu  dalam bidang sejarah sesebuah negeri atau sesuatu kawasan.

            Seharusnya  sebagai masyarakat kita haruslah bertindak secara positif atau memperhalusi sesuatu isu, misalnya merujuk kepada pembinaan empangan ini sebelum kita melabelkanya segai suatu perkara yang benar atau sebaliknya.

            Sementara itu, pembinaan empangan tidak begitu kisah akan tinggi rendah tanah tersebut tetapi memfokuskan samada kawasan yang berkenaan sesuai atau tidak.Contohnya kestabilan untuk takungan.Selain itu empangan adalah pengindahan sekitaran.

 

            Pembinaan empangan ini merupakan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan sebagai membawa perubahan sosial.Nilai-nilai baru mula tersebar kedalam kehidupan kumpulan warga yang berdekatan dengan empangan di situ terutamanya warga peribumi contohnya di Sarawak dan Sabah.Arus pemodenan yang melanda turut mengubah fikiran dan gaya hidup mereka.Umumnya sebilangan besar warga peribumi ini masih tertinggal jauh di belakang berbanding warga Malaysia yang lain.

 

             Perlaksanaan Projek Pergau telah banyak memberi manfaat kepada pekerja tempatan amnya dan penduduk Jeli khususnya.Antaranya ialah :-

 

             1.Pekerja mendapat kemahiran kerja seperti mengali/membina terowong, empangan, penggunaan jentera berat dan lain-lain.Telah ramai bekas pekerja projek ini yang bekerja dan mendapat tawaran bekerja di projek besar yang lain seperti Sepang, Bakun dan lain-lain.

 

             2.Pekerja didedahkan dengan cirri-ciri keselamatan tapak.

 

             3.Pekerja mendapat imbuhan yang lumayan di samping menaikkan taraf hidup.(purata pendapatan RM800 – RM3000)

 

             4.Banyak kedai runcit dan kedai makan dibuka di jajahan Jeli

 

             5.Penduduk temptan berupaya membina dan memberi rumah-rumah untuk  disewakan kepada kontraktor.

 

             6.Pekerja-pekerja telah berjaya membuka satu Koperasi Pekerja Industri Pembinaan yang akan memainkan peranan penting kelak dari segi mengumpul kewangan, mendapatkan pekerjaan, kontrak, pelaburan saham dan sebagainya.

 

             7.Sebilangan peduduk tempatan diberi kontrak pembinaan kecil-kecilan di Projek Hidro Pergau.

 

             8.Kemungkinan projek ini menjadi daya tarikan pelancong apabila siap kelak   dan ini memberi manfaat kepada penduduk tempatan.

 

             9. Mengawal kesan mikrocuaca, dimana keadaan persekitaran adalah stabil dan sesuai bagi semua hidupan