
|
STAE 2213 |
|
GEODINAMIK DAN GEOLOGI SEKITARAN |
|
KAEDAH PELUPUSAN |
|
Terdapat pelbagai kaedah yang telah dilakukan bagi melupuskan sisa-sisa buangan. Kaedah bagi melupuskan sesuatu sisa bergantung kepada jenis sisa tersebut. * Open dumps Pelupusan sampah dilakukan di tempat yang terbuka. Boleh sebabkan pencemaran bau dan udara kerana sisa-sisa tidak ditanam sebaliknya hanya dilonggokkan dan ini boleh menarik perhatian haiwan-haiwan perosak. * Incineration Sisa dibakar di dalam relau pada suhu yang sangat tinggi iiatu pada 9000C hingga 10000C. * Ocean dumping Sisa dibuang di tengah lautan. Menjadi punca utama pencemaran air Boleh masuk ke dalam rantai makanan melalui proses bioakumulasi * Sanitary landfill Sisa ditanam di dalam tanah. Terdapat lapisan liat di bawah tapak pelupusan yang mana fungsinya adalah untuk menghalang lechate daripada meresap masuk ke dalam air bawah tanah. * On-site disposal Sumber utama sisanya datang daripada perumahan, perbandaran dan institusi pengajian dan penyelidikan. Sisa– sisa yang masuk ke dalam salur paip contohnya daripada singki dan tandas disalurkan terus ke dalam tanah. Sisa cecair ini akan terserap ke dalam tanah dan boleh menjejaskan tumbuhan. * Composting Sisa-sisa diproses menggunakan kaedah biokomia. Sisa-sisa akan ditukar menjadi bahan yang boleh digunakan seperti baja untuk pertanian, maka ini dapat menjimatkan sisa yang perlu dilupuskan. * Secure landfill Tapak pelupusan jenis ini merupakan tapak pelupusan yang paling selamat dan sentiasa mengambil berat kebersihan dan keselamatan samada sisa di dalam tapak pelupusan tersebut mahupun sekitarannya. Hanya untuk sisa-sisa inorganik. * Deep-well disposal Satu telaga yang dalam dibina dari permukaan tanah masuk ke dalam perut bumi hingga ke lapisan batuan yang telap air iaitu di bawah paras air bawah tanah. Sisa-sisa akan di’inject’ masuk ke dalam telaga ini. Aktiviti seumpama ini boleh menyebabkan pencemaran air bawah tanah. * Seabed Disposal Sisa-sisa radioaktif sangat berbahaya kepada hidupan maka tapak untuk melupuskannya juga haruslah jauh daripada tempat yang banyak hidupan. Maka sisa radioaktif ini dibuang di tengah lautan di bahagian bawah keraknya yang mana bahagian atasnya diitupi oleh lapisan liat. Lapisan liat adalah lapisan yang sangat stabil maka ia boleh menahan sebarang tindakbalas radioaktif yang mungkin berlaku. |

