STAG 3042

ISU SEKITARAN, EIA, DAN PENILAIAN SEKITARAN

 

 

TAJUK PROJEK :

 

PEMBANGUNAN MAMPAN

 KAWASAN LERENG BUKIT

 

 

OLEH :

 

AHMAD NORDDIN  BIN MOHAMAD (A75423 )

HENDRA BIN MOHAMAD NAZERI ( A75510 )

NORIDAH BINTI HAMZAH ( A79162 )

 

UNTUK

 

DR WAN  ZUHAIRI BIN WAN YAAKOB

 

 

1.0          Pendahuluan

 

 

            Kawasan berbukit mempunyai asset semulajadi yang menarik pemaju-pemaju untuk membangunkannya sebagai pusat-pusat tumpuan pelancongan seperti hotel, ‘apartment’kondominium, dan perumahan berbilang tingkat. Namun demikian tidak semua kawasan berbukit boleh dibangunkan memandangkan berbagai ciri-ciri tertentu perlu dipelihara bagi menjamin keadaan semulajadi tidak terganggu dan memastikan pembangunannya tidak menimbulkan kesan negatif ke atas alam sekitar dan penduduk setempat.Pembangunan di kawasan berbukit memerlukan beberapa kriteria perancangan fizikal dipatuhi supaya tidak menjejaskan kestabilan, keseimbangaan, keharmonian alam semulajadi kawasan tersebut disamping tidak menimbulkan masalah seperti banjir kilat, tanah runtuh, pemusnahan alam flora dan fauna. Menyedari hakikat ini,adalah amat penting jika satu garis panduan dibuat agar satu pembangunan yang ideal dapat dilaksanakan dan ianya merangkumi pelbagai aspek perancangan pemeliharaan topografi kawasan berbukit,tanah tinggi, kawasan curam, kawasaan aliraan sungai, takungan air susunan bangunan serta jalan berasaskan prinsip perancangan dan pembangunan sejagat.

            Garispanduan pembangunan berbukit yang telah diterima pakai oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengandungi satu keperluan di mana keadaan topografi asal tanah hendaklah dikekalkan dan pembangunan dibolehkan apabila mengambilkira syarat mengikut garis panduan pemeliharaan topografi. Mini projek  ini adalah diharap dapat menjadi pelengkap kepada garis panduan pembangunan kawasan berbukit yang sedia ada.Dan  ianya dibuat mengikut kehendak Akta Perancangan Bandar dan Desa, A933 (Pindaan) 1996 Sek. 21 (B).

 

 

2.0 Definisi

 

 

2.1Pembangunan

 

Bagi tujuan garis panduan ini pembangunan yang dimaksudkan adalah sebarang pemajuan tanah yang melibatkan aktiviti pembinaan infrastruktur, apa-apa struktur serta sebarang perbuatan yang berkaitan atau menganggu keadaan semulajadi tanah.

 

 

2.2Topografi

 

 Mengikut Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Seksyen 12(3) (a)(iv) topografi adalah bentuk rupabumi tapak, dibentuk oleh tanah tinggi, curam, sungai, sumber alur sungai, paya, pesisiran pantai, lembangan sungai yang mempunyai nilai-nilai estatika yang tersendiri.

 

2.3Kawasan Berbukit

 

Kawasan berbukit boleh ditafsirkan sebagai tanah-tanah tinggi yang mempunyai kecerunan yang lebih 12 darjah. Kawasan ini juga boleh dibahagikan kepada 2 kategori seperti berikut:

        2.3.1 Kawasan bukit berisiko rendah dan sederhana

 

 Kawasan bukit berisiko rendah dan sederhana adalah kawasan yang berkecerunan semulajadi kurang daripada 25 darjah. Kawasan ini adalah sesuai untuk dijadikan sebarang pemajuan tanah.

 

 

2.3.2   Kawasan bukit berisiko tinggi

 

Kawasan bukit yang berisiko tinggi ditafsirkan sebagai suatu kawasan yang mempunyai kecerunan semulajadi yang lebih dari 25 darjah ke atas. Ini adalah satu kecerunan asli sebelum dibuat sebarang aktiviti pemotongan dan penambahan *cut and fill). Ia merupakan satu kawasan yang mengalami perubahan topografi yang mendadak dan berisiko tinggi dari segelinciran tanah (landslip) serta mempunyai kekangan fizikal (physical constraints) bagi pengurusaan pertanian. Walau bagaimanapun pemajuan masih boleh dijalankan dengan mengenakan syarat-syarat yang ketat.

 

 Tafsiran ini adalah selaras dengan kehendak-kehendak di bawah Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (cadangan pindaan 1996 di bawah Peraturan-Peraturan Penyiasatan Kajibumi 1996). Hendaklah mengambil perhatian bahawa kawasan berbukit tertakluk kepada kawasan yang tidak dibenar memotong/merata tanah/bukit mengikut Akta Pemeliharaan Tanah 1990 (Akta 385) Bahagian II. Seksyen 3 dan mana-mana undang-undang kecil kerja tanah yang terpakai di Pihakberkuasa berkaitan.

 

 

2.4 Kawasan Tanah Tinggi

 

Kawasan tanah tinggi ditafsirkan sebagai tanah-tanah yang mempunyai kedudukan lebih dari 150 meter dari aras laut dan berkecerunan melebihi 25 darjah.

 

 

 

3.0 PRINSIP PERANCANGAN UNTUK PEMELIHARAAN TOPOGRAFI 
        SEMULAJADI KAWASAN BERBUKIT

 

3.1Keselamatan

 

 Ciri-ciri topografi hendaklah dipelihara dan diadunkan dengan elemen-elemen  buatan tanpa  menjejaskan kestabilan, keseimbangan, keharmonian dan keunikan alam semulajadi.

 

3.2   Keindahan

 

 Aset semulajadi kawasan berbukit terserlah dengan jenis pemandangan yang sesuai dari segi ketinggian, saiz dan fungsinya perlu di pelihara.

 

 

 

3.3Komponen-komponen bukit

 

Flora dan fauna, kawasan aliran sungai serta anak sungai yang terdapat di kawasan berbukit biasanya mempunyai nilai-nilai pengindahan dan pengimbangan serta sistem ekologi yang perlu diutamakan dan dipelihara.

 

3.4 Produktif

 

Komponen-komponen yang unit perlu dipelihara kerana sifatnya yang menjadi identiti serta merupakan sejarah bagi sesuatu kawasan.

 

3.5 Berfungsi

 

Kawasan-kawasan tadahan air perlu dipelihara supaya dapat menghasilkan kuantiti dan kualiti air mineral yang tinggi.

 

 

 

4.0 KAWALAN PEMELIHARAAN TOPOGRAFI

 

Kawalan pemeliharaan topografi Kawasan Berbukit dibahagikan kepada lapan (8) komponen seperti berikut:

 

        I.      Kawasan berbukit dan tanah tinggi;

     II.      Kawasan bercerun;

   III.      Kawasan aliran sungai;

  IV.      Kawasan takungan air seperti tasik dan kolam;

     V.      Susunan bangunan dan jalanraya;

  VI.      Landskap dan penanaman pokok;

VII.      Kawasan unik yang mempunyai kecantikan semulajadi dan nilai                   saintifik;

VIII.      Hutan dan pembalakan;

  IX.      Kawasan pesisiran pantai

 

 

 

4.1 Kawasan Berbukit Dan Tanah Tinggi  

 

i)

Pembangunan di kawasan yang mempunyai ketinggian lebih dari 150 meter dari aras laut dan berkecerunan melebihi 25 darjah adalah tidak dibenarkan sebarang pembangunan;  

Sebarang pembangunan tidak dibenarkan di kawasan-kawasan bukit yang melibatkan perkara-perkara berikut:  

ii)

 

a)

Tiada pembangunan digalakkan untuk dilaksanakan di kawasan bukit yang  telah dikenalpasti sebagai kawasan bukit yang perlu dipelihara seperti dalam para 5.0; dan  

 

 

Tiada pembangunan digalakkan dari kategori Hutan Simpanan kekal sekiranya Pihakberkuasa Negeri bercadang untuk pengeluarkan sesuatu kawasan hutan dari ketegori hutan simpanan kekal maka ia

hendaklah membuat pertimbangan yang teliti dengan mengambilkira  antaranya aspek pemuliharaan tanah, kepelbagaian hayat (Biodiversity) serta pertimbangan-pertimbangan lain ke atas alam sekitar.  

iii)

Bagi kawasan berbukit dan tanah tinggi di mana pembangunan dibenarkan, perkara-perkara berikut perlu diambilkira pada peringkat perancangan iaitu:  

 

a)

Jenis pembangunan yang dibenarkan ialah bercirikan  kepadatan rendah dan sederhana. Kepadatan tinggi adalah tidak digalakkan kerana pertambahan unit memerlukan kawasan serta kerja-kerja tanah yang lebih  meluas yang menyumbangkan kepada masalah hakisan tanah, kemusnahan  rupabentuk bumi lereng bukit dan 
sebagainya (Rujuk Jadual 1);  

 

b)

Tahap peratus kawasan tepubina dihadkan kepada 25 peratus bagi semua jenis gunatanah kecuali bangunan sesebuah banglo atau berkembar yang boleh dihadkan, kepada 30 peratus.  

 

c)

Nisbah plot yang dibenarkan ialah 1:1.25 atau ketinggian  maksimum yang dibenarkan secara umum ialah 5 tingkat (yang mana lebih rendah);  

 

d)

Penggunaan tanah mestilah dihadkan kepada 30 peratus daripada pemajuan tanah sedia ada dan 5 peratus dikhaskan untuk kolam pemendapan serta kolam takungan air. Walau bagimanapun bagi kawasan yang mempunyai keluasan  melebihi 10 hektar, pemaju wajib mengkhaskan satu kawasan seluas 5 peratus dari keluasan keseluruhan untuk digunakan sebagai perangkap Lumpur kekal (permanent silt trap) dan kolam takungan banjir (flood retention pond), kawasan ini perlu dilandskapkan untuk tujuan estatik dan sebagai kawasan rekreasi;  

 

e)

Pemaju hendaklah mengekalkan keadaan topografi asal tanah berapa yang boleh. Sebarang pemotongan hendaklah dilaksanakan pada Kadar yang minima dan hanya boleh dibenarkan bagi tujuan penyediaan infrastruktur seperti jalan dan pembinaan struktur yang terbabit sahaja;  

 

f)

90 peratus kawasan yang dibangunkan perlu dilandskapkan  dengan penanaman pelbagai jenis pokok-pokok besar dan pokok renik bagi melambangkan alam persekitaran ‘hijau’;  

 

g)

Penyusunan bangunan-bangunan sesuatu pemajuan di kawasan berbukit hendaklah dilaksanakan seperti berikut:  

 

 

  • Mengikut kontor asal tanah termasuklah tebing tasik, aliran sungai dan sebagainya;  

 

 

·         Anjakan Bangunan jauh dari lereng bukit;  

 

 

·                     Menyusun secara bertingkat (staggered) dengan mengnbilkira kecerunan maksimum untuk cadangan jalan mengikut kehendak agensi-sgensi teknikal yang berkaitan dan,

 

 

  • Tidak digalakan untuk menyusun bangunan secara berdere seperti berek.  

 

h)

Rizab saliran perlu direkabentuk bagi menampong kali 100 tahun banjir besar (drain storm); dan  

 

i)

Pembangunan di fasa secara berperingkat-peringkat bagi menghindari kawasan yang terdedah pada hakisan tanah. Kerja-kerja tanah hendaklah menunjukkan cadangan bagi tapak yang terbabit dalam susunatur yang merupakan sebahagian  daripada LCP seperti Rajah 1a, Rajah 1b, Rajah 1c.  

 

 

 

 

Rajah 1a : REKABENTUK BANGUNAN DI LERENG BUKIT YANG MENGEKALKAN TOPOGRAFI SEMULAJADI

                                 

  

          

A.       

Bangunan di lereng bukit yang curam di syorkan kerja-kerja tanah dihadkan dengan mencadangkan rekabentuk bangunan, teres bertingkat dan ketinggian bangunan yang di syor antara 3-5 tingkat sahaja. Ketinggian bangunan ini disesuaikan dengan elemen persekitaran bagi mengekalkan “natural skyline”.

B.       

Bangunan di lereng bukit ataupun di tanah rata disyorkan bangunan diantara 3-5 tingkat sahaja. Ketinggian bangunan disesuaikan dengan elemen persekitaran bagi mewujudkan suasana yang berharmoni dengan alam persekitaran.

 

C.       

Bangunan dilereng bukit yang curam di syorkan kerja-kerja tanah dihadkan dengan mencadangkan rekabentuk bangunan 2 hingga 3 tingkat atas jalan dan 2 tingkat bawah aras jalan. Ketinggian bangunan disyorkan 5-6 tingkat. Bangunan masih disesuaikan dengan elemen persekitaran untuk menjamin ‘natural skyline’ yang indah.  

REKABENTUK BANGUNAN  

 
 
Rajah 1b : ORIENTASI BANGUNAN DISESUAIKAN

          DENGAN VISTA SEMULAJADI  

 

 

 

 

Rajah 1c : CONTOH REKABENTUK BANGUNAN DIKAWASAN

          BERBUKIT DAN CERUN (Mengekalkan keadaan 

Topografi Asal Tanah)

   

 

 

 

4.2

Kawalan Kerja Tanah  

 

Pemeliharaan topografi semulajadi di kawasan berbukit juga tertakluk kepada garis panduan kerja-kerja tanah dan kawalan pembalakan di kawasan hutan seperti berikut:  

 

a)

 Kerja-kerja tanah yang dijalankan perlulah menyeimbangkan antara kerja-kerja pemotongan dan penimbusan bagi mengelakkan berlakunya tanah-tanah timbunan yang mudah dihakis dan mendap;  

 

b)

Perangkap lumpur perlu dibina dengan tapisan lubang ‘berbentuk lidah’ (tounge-shape) dengan kemudahan pelantar untuk penjagaan yang mudah, contoh (Rajah 2.0);  

 

c)

Parit-parit tepi jalan dan parit kekal dibina semasa peringkat kerja-kerja tanah;

 

d)

Lereng-lereng bukit disembur dengan jenis rumput hydroseeding/ fibromat’ bagi mengelakkan hakisan tanah dan pembentukan alur. Lereng-lereng berhampiran dengan bangunan dilindungi dengan kepingan plastik sehingga kerja-kerja landskap bermula, (Rajah 3.0);  

 

e)

Setengah-tengah lereng-lereng bukit perlu ditanam dengan pokok-pokok yang sesuai untuk memantapkan lagi tanah sementara pokok-pokok jenis "ornamental"  membesar,  

 

f)

Parit pintas dibina di lereng-lereng bukit sebagai pendinding untuk  menahan dan mengelakkan tumpahan-tumpahan ke kawasan tanah yang lebih rendah, (Rajah 4.0);  

 

g)

Jalan-jalan masuk ke tapak yang diukir dengan batu-batu hancur;  

 

h)

Tapak-tapak kongsi dan tataturnya perlu dirancang dengan teliti untuk memastikan perancangannya memberatkan kebersihan dan alam  persekitaran yang sihat;

 

i)

Kerja-kerja tanah hendaklah dilaksanakan mengikut kehendak-kehendak yang ditetapkan di bawah undang-undang kecil kerja tanah termasuk penyediaan dan penyenggaraan kolam takungan hujan, perangkap mendap, penyediaan sistem perparitan sementara dan kekal dan penyediaan ‘crusher run road surfacing’;

 

j)

Pengawalan yang sewajarnya hendaklah diberikan kepada pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di tapak dan persekitarannya.Sebarang pemotongan sekiranya hendak dijalankan mestilah mengikut kehendak-kehendak yang ditetapkan;  

 

k)

Sebarang pembinaan kemudahan infrastruktur antaranya seperti jalan hendaklah dibina mengikut keperluan dan kehendak-kehendak yang ditetapkan. Sehubungan dengan itu sistem saliran sedia ada hendaklah dijaga untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang pencemaran kelodak yang

boleh mengakibatkan banjir;  

 

l)

Pemaju hendaklah memaklumkan Jabatan-jabatan yang berkenaan sebelum kerja-kerja pembinaan dimulakan. Ini termasuklah Pihakberkuasa Tempatan yang terbabit serta Jabatan Alam Sekitar bagi kerja-kerja tanah; dan  

 

m)

Pemetaan geologi terperinci dan penilaian semula risiko hendaklah diteruskan hingga ke peringkat pembinaan atau pengawasan geologi dan geoteknikal dilakukan semasa kerja-kerja pembinaan.  

         

Rajah 2.0 : PERANGKAP DAN PAGAR LUMPUR GABION

 

 

   Rajah 3.0 : ALUR MEMANJANG

 

 

  Alur Memanjnag Lebih Baik Dari Alur Menegak Dalam Kerja-Kerja Hydroseeding

 

 

 Jangan Membentuk Alur-Alur Yang Menegak Kerana. Ini Akan Mempercepatkan Berlakunya Hakisan

 

Rajah 4.0 : MENGALIRKAN AIR LARIAN KE KAWASAN LAPANG

   

 

 

 

 

 

   

4.3

 Kawalan Ketakstabilan Cerun Tanah  

 

a)

Kawasan bercerun diantara  5 darjah hingga 15 darjah adalah dianggap sebagai cerun sederhana dan ia boleh dimajukan. Namun begitu langkah-langkah pengawalan kestabilan cerun perlu dilaksanaan:

 

b)

Kawasan yang mempunyai cerun 15 darjah hingga 25 darjah boleh dimajukan dengan langkah-langkah pengawalan runtuhan dilaksanakan;  

 

c)

Kawasan dengan kecerunan melebihi 25 darjah tidak dibenarkan sebarang pembangunan. Kecerunan pada tahap ini adalah dianggap kritikal untuk keselamatan bangunan dan tapak; dan  

 

d)

Jika dibenarkan, langkah-langkah pengawalan runtuhan yang perlu dilaksanakan oleh pemaju adalah seperti berikut:  

·     Meningkat kestabilan cerun melalui kerja-kerja pemotongan bagi bahagian-bahagian yang curam. Pemotongan ini perlu menghasilkan kestabilan cerun kepada ketinggian tidak melebihi dari 25 darjah untuk semua jenis tanah dan cerun samada cerun yang tinggi 3 meter atau lebih (kes 1) atau cerun yang berterusan dengan ketinggianmelebihi 10 meter (Kes 2) seperti yang  ditunjukkan dalam rajah 5.0; dan  

·                                   Melaksanakan penyediaan benteng atau penghalang bagi bangunan yang akan dibina di tepi cerun. Dua jenis tembok penghadang iaitu “gravity retaining wall” yang dibina dengan menggunakan batu-batan dan ditutupi dengan tanah atau tembok penghadang yang menggunakan asas konkrit.Tembok penghadang ini perlu direkabentuk bagi menampung daya beban

·                                   yang dihasilkan oleh cerun. Bagi kerja-kerja biasa, “Gravity retaining wall”disyorkan bagi ketinggian cerun sehingga 1.8 meter dan sesuai untuk “masih housing” Bagi ketinggian cerun sehingga 5 meter, disyorkan benteng penghadang berjenis “crib wall”, “Crib wall” dibentuk oleh "precast concrete" dan sesuai bagi penahan cerun yang    mempunyai kecerunan melebihi 9 darjah. Tembok     penahan berbentuk "cantiliver" juga boleh digunakan bagi penahan cerun. Pemilihan jenis tembok penghadang boleh diberi pertimbangan oleh Pihakberkuasa Tempatan berasaskan kepada pelbagai faktor Tempatan seperti jenis tanah-tanih dan ketidak kestabilan cerun. Rajah 6.0 menunjukkan jenis-jenis tembok  menghadang cerun yang boleh dibina sebagai langkah-langkah mengawal.

    

   Rajah 5.0 : POTONGAN CERUN BAGI KESTABILAN   

 

 

Rajah 6.0 : TEMBOK PENGHADANG CERUN

 

 

   

 

 

 

 

 

 

4.4

 Kawalan Aliran Sungai  

 

i)

Aliran sungai dan anak sungai semulajadi hendaklah dikekalkan dan dipelihara.  Kelebaran minima rezab sungai hendaklah mengikut keperluan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Keperluan rezab sungai di kawasan pembangunan akan bergantung  kepada keadaan setempat tersebut dan ditentukan mengikut kehendak rekabentuk sungai dan keluasan minima 15 meter perlu disediakan;

 

ii)

Sungai hendaklah dijadikan sebagai tumpuan utama dalam perancangan pembangunan baru. Pemindahan jajaran sungai tidak digalakan sama sekali sama sekali;  

 

iii)

Rizab sungai hendaklah dijadikan sebagai jaluran hijau (penampan) mengawal pencemaran hakisan permukaan, pencerobohan setinggan, dan sebagainya. Ia boleh dimajukan sebagai kawasan hijau dan pengindahan yang boleh diusahakan oleh pihak pemaju. Semasa mengemukakan permohonan kebenaran merancang pemaju diwajibkan menyediakan pelan pengindahan dan rekreasi di kawasan-kawasan tersebut;

 

iv)

Perlu menyediakan kawasan “detention pond” untuk mengawal penambahan Kadar aliran sungai. Pengairan boleh berdasarkan kepada 3 peratus hingga 5 peratus daripada keseluruhan keluasan kawasan.

 

v)

Bangunan-bangunan dan infrastruktur yang kekal tidak boleh berada di dalam sungai dan rezabnya. Kerja-kerja pengindahan sungai yang menghalang dan meninggi paras air sungai adalah tidak dibenarkan;

 

vi)

Keadaan semulajadi sungai hendaklah dikekalkan sebagai kawasan hijau untuk pembiakan flora dan fauna serta kehidupan air. Pembinaan struktur konkrit di tebing-tebing sungai hendaklah dihadkan. Pokok-pokok tidak dibenarkan dipotong atau ditebang;  

 

vii)

Harta-harta bersejarah dan bernilai kebudayaan berkaitan dengan sungai hendaklah dikekalkan; dan  

 

viii)

Pemaju perlu memastikan kumbahan, bahan buang kediaman, industri dan pelbagai yang dicadangkan tidak akan dialirkan ke dalam sungai berhampiran.  


4.5    Kawalan Takungan Air Seperti Tasik dan Kolam  

       

 i) 

Selebar 20 meter zon penampan hijau diwujudkan antara kawasan takungan/tasik dengan kawasan pembangunan. Zon pemisah tersebut boleh digunakan untuk tujuan-tujuan rekreasi. Walau bagaimanapun kawasan ini haruslah diuruskan dan dikendalikan dengan cara yang sempurna;  

 

ii)

 Menentukan kegunaan dan tujuan utama takungan air tersebut misalnya untuk Bekalan air, saliran, janakuasa, penebat banjir dan rekreasi. Jika takungan air digunakan untuk bekalan air peruntukan harus diberikan untuk pembersihan dan kesan kegunaan rekreasi terhadap Bekalan air tersebut;  

 

iii)

Jika takungan air diguna untuk tujuan rekreasi ianya tidak harus bercanggah dengan tujuan utama penakungan air. Jika tiada pelan pembangunan dan pengurusan, hanya aktiviti-aktiviti rekreasi yang tidak melibatkan infrastruktur kekal dibenarkan, seperti perkelahan, berjalan kaki, memancing, berenang dan bersampan;  

 

iv)

Kawasan takungan yang dirancangkan perlu mempunyai unsure mudahsampai agar ramai yang boleh berkunjung dan menikmati kemudahan tersebut;  

 

v)

Takungan air yang tidak mempunyai potensi dan daya tarikan dari segi estatik, boleh dirancang supaya kawasan tersebut ditimbus untuk dijadikan taman-taman atau kawasan hijau;  

 

vi)

Pendekatan baru dalam merekabentuk kawasan takungan air agar kelihatan menarik adalah melalui landskap dan penggunaan bahan-bahan semulajadi. Selain dari ini pengawasan takungan air tersebut perlu dijalankan pada setiap masa; dan  

 

vii)

Kolam dan tasik yang menarik memerlukan perseimbangan antara keperluan dan keselamatan. Piawaian dan rekabentuk (design) yang selamat dengan penanaman pokok-pokok serta rekabentuk landskap kejur seperti pagar-pagar atau dinding adalah diperlukan.  

 

 

4.6  Susunan Bangunan Dan Jalanraya     

     

i)

susunan bangunan hendaklah mengambilkira kesesuaian kedudukan cerun dan tanah disesuatu tapak. Enam kaedah susunan hendaklah digunapakai bagi menyesuaikan susunan bangunan dan keadaan topografi semula jadi. Kaedah ini diperkenalkan bagi mengurangkan kerja-kerja pemotongan cerun dan memastikan kos yang lebih effektif. Rajah 7.0 menunjukkan teknik-teknik yang terlibat seperti berikut:  

 

                 a.    Teknik Satu 

Extra masonry” – Bagi tanah yang landai, kecerunan kurang dari 5

darjah, kawasan binaan bangunan boleh dibina samarata dengan

kedudukan tanah.

 

    b.    Teknik Dua

 

“Split Level” – Jika keadaan topografi yang berubah-ubah, “split    

level” hendaklah digunakan dengan melaksanakan perubahan setengah tingkat ke atas binaan asal.

 

        c.   Teknik Tiga

 

“Cut and fill” – Cerun dipotong dan ditimbus bagi membentuk aras tapak bagi mengekalkan tingkat bawah bangunan selari dengan ketinggian cerun semula jadi

 

        d.   Teknik Empat

 

“Cascade” – Pengekalan cerun yang agak curam, memerlukan adaptasi bangunan bagi mengelakkan cerun berkenaan terlibat dengan kerja pemotongan. Bangunan dibina mengikut dan disesuaikan dengan kedudukan cerun.  

 

         e.  Teknik Lima

 

“Amended Section” – Aras tapak bangunan berada di bawah paras jalan. Ini bermakna, tingkat dalam bangunan berada di paras yang berbeza atau bergantung kepada kedudukan paras jalan.  

 

                    f.  Teknik Enam  

“House on posts” – Bangunan hendaklah dibina di atas “platform”. Ini diberi pertimbangan bagi cerun yang agak curam dan tidak memerlukan kerja tanah yang intensif.

 

 

 

                       

                        Kesimpulan
 
Berdasarkan piawai kecerunan, kawasan lereng bukit yang mempunyai kecerunan kurang 12° adalah amat sesuai untuk pembangunan, kawasan nilai kecerunan 13° - 25° adalah kawasan yang berisiko dan pembangunannya adalah bersyarat, kawasan zon sederhana dengan julat kecerunan 25° - 35° dan kawasan kecerunan melebihi 35° adalah kawasan sensitif dan amat sensitif yang mana kawasan ini adalah tidak sesuai untuk pembangunan.

          Oleh itu segala bentuk pembangunan yang hendak dijalankan perlu bergantung kepada beberapa aspek yang berkaitan dengan keadaan topografi semasa kawasan lereng bukit. Penyiasatan tapak sama ada dalam bentuk penyiasatan geoteknik atau analisis kestabilan cerun bagi mengetahui maklumat sifat, geoteknik tanah, kecerunan, bentuk saliran, struktur dan kedudukan muka air tanah adalah amat dititik beratkan demi penyesuaian dan ketahanan bentuk pembangunan yang dijalankan. Elemen – elemen dan bahan agregat yang diperlukan untuk pembinaan pembangunan mesti berkualiti tinggi. Dengan ini setiap perancangan yang lebih terperinci dan teliti akan menghindarkan kita daripada segala bentuk risiko bahaya yang tidak diingini demi keselamatan dan keselesaan para penghuni dan juga demi pengawalan keadaan sekitaran kawasan setempat.