Kesan Hujan Asid
Hujan asid mendatangkan pelbagai kemudaratan terhadap beberapa
aspek tertentu iaitu dari aspek kesihatan, kesuburan tanah dan tumbuhan,
ekosistem akuatik dan bangunan serta peralatan bangunan.
Kesihatan
- Memudaratkan golongan tidak kira tua mahu pun muda terhadap
penyakit athsma, bagi kanak-kanak pula fenomena ini boleh menyebabkan sakit
batuk, alergi dan selesema.
- Gas sulfur dioksida adalah merupakan agen kepada beberapa
penyakit kepada manusia seperti sakit dada, tulang, batuk, sakit kerongkong,
barah kolon dan barah payu dara.
- Air dan hujan asid yang bercampur dengan plumbum, kadmium
dan aluminium berbahaya kepada manusia apabila diminum di mana boleh
menyebabkan cirit birit di kalangan kanak-kanak, gangguan saraf dan
membahayakan otak.
- Aluminium pula boleh menyebabkan penyakit alzheimer (berkait
dengan hilang ingatan)
Terhadap tanah dan tumbuhan
- Menyebabkan kemusnahan hutan kerana terkena hujan asid; eg.
70% hutan di Czechslovakia musnah akibat hujan asid ini.
- Kandungan alkali dan asid dalam tanah menjadi tidak
seimbang dan mempengaruhi keseimbangan dan kestabilan tanah.
- Nilai pH kurang daripada 6 akan menyebabkan bahan-bahan
organik tanah mati, maka tanah ini menjadi tidak subur dengan ketiadaan
nutrien di dalamnya.
- Memusnahkan fungsi daun.
- Pokok mati kerana asid bertindak balas dengan nutrien dalam
tanah dan mengurangkan kesuburan tanah.
Ekosistem akuatik
- Tumbuhan dalam tasik dan hidupan plankton termusnah akibat
penurunan nilai pH air tasik (kurang daripada 5), ini akan mengganggu
kelancaran pembiakan ikan dan amfibia.
- Ikan dan udang secara tidak langsung merupakan ancaman
kepada manusia di mana kandungan raksa dan asid sulfurik yang tinggi meresap
masuk ke dalam kulit haiwan ini.
- Air sungai dan laut menjadi berasid pada pH 5 membunuh
hidupan akuatik seperti ikan (atau mana-mana binatang yang bergantung kepada
ikan akan mati juga eg. burung laut); berlaku di Tasik Minnesota di mana
hujan asid ini telah memusnahkan 140 buah tasik di situ.
Bangunan dan peralatan bangunan
- Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi
pemndapan berasid, ini akan mempercepatkan kadar hakisan dan pengaratan
barangan besi.
- Meluntur dan merosakkan cat kereta.
- Batuan dan binaan bangunan menjadi lemah dan rapuh serta
mempercepatkan hakisan bangunan.


Gambar di sebelah kiri menunjukkan kesan hujan asid kepada skulptur (gambar
asal di sebelah kanan)
Gambar di sebelah kanan adalah skulptur yang terkena hujan asid secara
berterusan, gambar asal di sebelah kiri
Saliran yang ditinggalkan menjadi tercemar akibat hujan asid
Tumbuhan tidak berdaun akibat terkena hujan asid


Daun tumbuhan yang menghala ke bawah, menunjukkan kesan-kesan hujan asid yang
minor
Hujan asid merosakkan binaan dan peralatan bangunan


[Ke
belakang] [Menu
utama] [Ke
hadapan]