Perbandingan Gempa Bumi
PENGENALAN


PROSES GEMPA
Sesar dan pergerakan
Gelombang seismos dan gerakan bawah tanah
 

PERBANDINGAN GEMPA BUMI
Skala Magnitud Richter
Skala Intensiti Mercalli

KESAN GEMPA
gegaran, rekahan dan anjakan tanah
pencairan tanah

tanah runtuh
kebakaran

tsunami
perubahan rupa bentuk rantau

RISIKO GEMPA
jangka panjang
jangka pendek

KAJIAN KES

RUMUSAN

RUJUKAN

BIOGRAFI





Lebih 1 juta gempa bumi dilaporkan setiap tahum dan manusia membandingkan kekuatan (magnitud) tenaga yang dikeluarkan oleh gempa dengan membandingkan kadar impaknya terhadap manusia dan struktur binaan dan tabii. Dua skala yang lazim dipakai adalah Skala Magnitud Richter dan Skala Intensiti Mercalli.

Skala Magnitud Richter merupakan amplitud tertinggi yang terhasil oleh sesuatu gegaran gempa bumi pada seismograf biasanya 100km dari pusat gempa. Skala Magnitud Richter diperolehi daripada bacaan seismorf iaitu sejenis alat untuk merekod anjakan yang dihasilkan oleh gegaran gempa. Bacaan Magnitud Richter adalah dalam skala logaritmik yang mana merupakan magnitud pada setiap integer adalah 10 kali lebih besar daripada magnitud integer sebelumnya. Magnitud Richter  diukur dari skala 1 hingga 10 dan merupakan bukan skala yang plana. Magnitud tempatan (ML) adalah magnitud tempatan terbesar tak kira sama ada gelombang P, S atau permukaan. MB adalah magnitud gelombang P terbesar manakala MS adalah magnitud gelombang permukaan terbesar. Magnitud detik (MW) adalah skala magnitud yang mengambilkira purata anjakan, keluasan kawasan yang bergerak, modulus ricih bahan. Tentatifnya skala > 8 boleh dikira sebagai gempa bumi terbesar, skala 7 dikira gempa bumi major manakala skala 6 dikira sebagai gempa bumi sederhana.

Skala Intensiti Mercalli merupakan kesan fizikal yang dirasa dan dilihat pada struktur. Skala ini merupakan skala kuantitatif. Ia membahagikan gempa bumi kepada 12 tahap berdasarkan kesan fizikal yang dirasai oleh manusia dan dilihat pada struktur.

Skala Mercalli dicipta oleh seorang pakar sains gunung berapi berbangsa Itali bernama Giuseppe Mercalli, bagi mengukur kekuatan gempa bumi, pada tahun 1902. Skala Mercalli terbahagi kepada 12 pecahan dengan menemuramah mereka yang terselamat dan juga dengan melihat dan membandingkan tahap kerosakan, kesan daripada gempa bumi tersebut.

Oleh itu skala Mercalli dianggap sebagai sangat subjektif dan kurang tepat berbanding skala Richter. Disebabkan oleh itu, pada masa sekarang skala Richter lebih meluas digunakan untuk untuk mengukur kekuatan gempa bumi. Tetapi skala Mercalli yang diubahsuai, masih boleh digunakan sekiranya tidak terdapat peralatan mesin seismograf bagi mengukur kekuatan gempa bumi di kawasan kejadian.

Skala Mercalli mengukur kekuatan gempa bumi melalui tahap kerosakan yang berlaku disebabkan oleh gempa bumi itu. Anggaran ukuran Skala Mercalli adalah seperti di bawah :-

Skala Intensiti Mercalli:

  1. Tidak terasa
  2. Terasa oleh orang yang berada di bangunan tinggi
  3. Getaran dirasakan seperti ada lori yang berat melintas.
  4. Getaran dirasakan seperti ada benda berat yang melanggar dinding rumah, benda tergantung bergoyang.
  5. Dapat dirasakan di luar rumah, hiasan dinding bergerak, benda kecil di atas rak mampu jatuh.
  6. Terasa oleh hampir semua orang, dinding rumah rosak.
  7. Dinding pagar yang tidak kuat pecah, orang tidak dapat berjalan/berdiri.
  8. Bangunan yang tidak kuat akan mengalami kerosakan.
  9. Bangunan yang tidak kuat akan mengalami kerosakan teruk.
  10. Jambatan, empangan dan tangga rosak, terjadi tanah runtuh.
  11. Rel kereta api musnah.
  12. Seluruh bangunan hancur dan hancur lebur.