TSUNAMI

STAG 3072 GEOLOGI SEKITARAN
KESAN TSUNAMI (sambungan)



Malaysia

Dua negeri yang paling teruk terjejas ialah Pulau Pinang dan Kedah. Keadaan mula menjadi panik kira-kira pukul 9 pagi apabila bangunan tinggi di beberapa negeri serta di ibu negara turut bergegar, kesan daripada gempa tersebut, menyebabkan orang ramai bergegas menyelamatkan diri sebagai langkah berjaga-jaga. Para pesakit terpaksa dipindahkan keluar daripada bangunan hospital di beberapa negeri sebagai langkah berjaga-jaga. Kebanyakan mangsa di Pulau Pinang sedang berkelah dan memancing di tepi pantai. Di Kedah, ombak besar telah melanda 9 kampung dan memusnahkan 1000 rumah di kawasan tersebut. Manakala di Perlis, lebih 70 buah bot nelayan rosak dan kebanyakkannya tenggelam dalam kjadian itu. Beberapa bangunan di beberapa pinggir muara sungai turut roboh.

Sri Lanka

Jentera-jentera berat tidak boleh memasuki kebanyakan kawasan perkampungan dan perlancongan yang diselaputi lapisan lumpur tebal, dengan mayat-mayat reput dan berbau busuk dan bergelimpanagn di merata tempat. Sri Lanka merupakan negara yang kedua paling teruk dan kematian mencecah hingga 30 000 orang. Mayat-mayat itu agak sukar diuruskan berikutan kebanyakan jalan dan jambatan menuju ke kawasan pedalaman telah musnah. Kawasan paling teruk dilanda ombak besar adalah di Timur daerah Ampara di mana 8300 orang dilaporkan terbunuh.


Thailand

Ombak besar dan banjir kilat yang melanda kawasan Phuket, Koh Pi Pi, Songkhla, Krabi, Phang Nga dan Surat Thani telah memusnahkan rumah-rumah serta premis lain di kawasan pantai. Di Thailand, didakwa bahawa 80% daripada kematian melibatkan rakyat asing.















kembali ke atas
KESAN TSUNAMI

KESAN

CONTOH
Muka Depan        Pengenalan         Pemantauan        Perlindungan        Ahli Kumpulan        Rujukan
Muka Depan        Pengenalan        Pemantauan        Perlindungan        Ahli Kumpulan        Rujukan