Friday, March 2, 2007 Friday, April 27, 2007day, March 2, 2007

jpegjpoeg

 
BENCANA GEOLOGI  
 


 

 

1.0 PENGENALAN

pic

1.1 Apa itu Tanah Runtuh?

Tanah runtuh merupakan salah satu daripada fenomena geobencana yang sering berlaku samada secara semulajadi atau akibat aktiviti manusia. Proses kejadian tanah runtuh melibatkan gelongsoran tanah atau pergerakan tanah dari satu kedudukan yang tidak stabil dan ianya berlaku secara pantas atau perlahan oleh tarikan graviti. Sekiranya ia berlaku secara kecillan dan perlahan, ia mungkin kurang membahayakan alam. Tetapi jika ia berubah kepada skala yang lebih besar dan pantas, ia boleh memberi kesan buruk dan mengakibatkan kemusnahan dan kematian pada sesuatu kawasan.

Kejadian tanah runtuh merupakan salah satu daripada proses susutan darat yang disebabkan oleh ketakstabilan jisim tanah. Ia merupakan masalah utama yang dihadapi oleh beberapa negara terutama di kawasan tanah tinggi dan di kawasan yang berisiko gempabumi dan gunung berapi (volkano).

1.2 Konsep

Beberapa konsep asas tentang tanah runtuh dapat dinyatakan. Pergerakannya adalah dari kawasan tinggi ke kawasan yang rendah iaitu mengikuti cerun akibat tindak balas terhadap daya tarikan graviti. Pergerakannya boleh disertai dengan agen pembawa seperti aliran air ataupun tidak.

            Kejadian tanah runtuh yang disebabkan oleh aktiviti manusia adalah seperti penarahan kawasan bukit, perlombongan dan aktiviti pembangunan lain. Pergerakan runtuhan tanah boleh diklasifikasikan secara asas sebagai jatuhan batuan atau debris, gelongsoran batuan atau debris, aliran debris atau lumpur dan gelinciran ais (avalanches). Bukit-bukit ditarah untuk pembinaan jalanraya ataupun bangunan-bangunan.

Selain itu, permulaan pergerakannya juga boleh berpunca dari gegaran gempa bumi, letusan volkano atau pengaliran air bawah tanah. Ia adalah proses semulajadi di mana tekanan menyebabkan bahan tanah perlu bergerak untuk mengalami penstrukturan semula supaya menjadi lebih stabil.

1.3 Komposisi

            Komposisi runtuhan tanah boleh terdiri daripada sedimen bersaiz lumpur, batu pasir, gravel dan pebel atau bongkah-bongkah batuan. Bahan batuan yang bercampur tanah disebut debris atau puing. Bahan-bahan ini dipercayai mengalami kegagalan akibat beberapa faktor penyebab. Kandungan bahan gagal ini boleh mencapai jumlah yang besar sehingga 1,000,000 meter padu dan mengakibatkan kemusnahan yang besar kepada kawasan sekitarnya.

1.4 Risiko

Kawasan bertopografi cerun lebih berisiko mengalami kejadian tanah runtuh akibat ketakstabilan cerun berbanding kawasan yang agak landai dan rata. Walaubagaimanapun, risikonya seringkali sukar diramal dan dielak oleh manusia. Fenomena ini boleh mengakibatkan kemusnahan insfrastruktur, pengangkutan dan merosakkan penempatan manusia. Terdapat pelbagai faktor dan contoh kejadian tanah runtuh yang sentiasa dikaji oleh ahli sains. Kajian yang lebih mendalam dan kesedaran di kalangan masyarakat perlu sentiasa diteruskan bagi mengurangkan kejadian tanah runtuh daripada berlaku dengan lebih teruk lagi.

 

 
Contoh
 

[keluar]