jpegjpoeg  
BENCANA GEOLOGI  
  Kembali ke Halaman Utama :Keluar:
   
 
6.0 KESIMPULAN

Tanah runtuh merupakan salah satu daripada bencana geologi yang memberi ancaman kepada hidupan mahupun persekitaran. Ia boleh berlaku di mana sahaja terutama di kawasan bercerun dan berisiko dengan gempabumi dan letusan volkano. Ia berpunca darpada tanah atau batuan yang lemah dan kedudukannya tidak stabil. Jenis gerakan tanah runtuh boleh dikelaskan sebagai jatuhan, gelongsoran atau aliran. Bahaya tanah runtuh bergantung juga pada jenis dan saiz bahan yang mengalami kegagalan serta kepantasannya berlaku. Perbezaan bahan tanah runtuh yang dibawa juga memberi kesan dan impak yang berlainan.

Faktor yang menyebabkan kejadian tanah runtuh boleh diabahagikan samada ia berlaku secara semulajadi atau susulan daripada aktiviti manusia. Faktor semulajadi seperti tindakan hakisan, hujan lebat berterusan menyebabkan aliran yang membawa bahan tanah, akibat gegaran gempabumi atau letusan volkano yang meruntuhkan struktur tanah dan memuntahkan aliran lahar. Akan tetapi manusia juga perlu sedar akan akibat aktiviti-aktiviti pembangunan yang tidak terancang. Penarahan bukit, penebangan kawasan tadahan hujan dan pembinaan bangunan di atas tanah tinggi mengundang risiko kemusnahan harta benda dan nyawa apabila tanah runtuh berlaku.

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengelak kemungkinan bancana ini. Manusia perlu lebih bijak di dalam mengenalpasti kawasan yang berpotensi mengalami kegagalan cerun batuan dan tanah dan mengelak sebarang pembinaan di kawasan tanah tinggi yang berisiko. Ilmu pengetahuan juga perlu dicanai dengan sebaiknya untuk menjamin keselamatan manusia. Ahli geologi dunia memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu mengelak dan menangani masalah kejadian tanah runtuh. Sebarang projek pembinaan perlulah mendapat rundingan daripada pakar untuk mengkaji dan menilai terlebih dahulu tahap keselamatan sesuatu kawasan.

RUJUKAN

Jones, D.K.C. & E.M. Lee 1994. Landsliding in Great Britain . London: HM Stationery Office

B.A Bolt, W.L Horn, G.A Macdonald, R.F Scott 1975. Geological Hazard. Spring er-Verlag. Berlin Heidelberg New York 1975

Berger, A.R. & W.J. Iams (eds) 1996. Geoindicators: Assessing rapid environmental changes in earth systems. Rotterdam: A.A. Balkema (see papers by Nesje, Rasch et al., Romanovskii et al.).


Brabb, E.E. 1984. Innovative approaches to landslide hazard and risk mapping. Proceedings of IV International Symposium on Landslides 1: 307-324.


Brabb, E.E. and B.L. Harrod 1989. Landslides - extent and economic significance. Rotterdam: Balkema.


Casale, R., R. Fantechi & J.C. Flageollet 1995. Temporal occurrence and forecasting of landslides in the European Community. European Commission, 2 vols.


Novosad, S. & P. Wagner (eds) 1993. Landslides. Proceedings of 7th International Conference on Landslides. Rotterdam:Balkema. (especially papers by Glawe et al. and Moriwaki).


Keefer, D.K. 1987. Real-time landslide warning during heavy rainfall. Science , 238: 921-925.


Selby, M.J. 1993. Hillslope materials and processes . 2nd edition. Oxford: Oxford University Press.