PERATURAN PENYELIDIKAN PELAJAR PRA-SISWAZAH

 

  1. Tajuk
  2. Proposal
  3. Pembentangan Proposal
  4. Perjumpaan penyelia-pelajar
  5. Data
  6. Deraf tesis

 

 

  1. TAJUK

Pelajar akan diberikan tajuk yang tertentu oleh penyelia.  Walaubagaimanapun pelajar boleh mengubah tajuk tersebut mengikut kesesuaian pelajar dan juga kemampuan penyelia untuk menyelia tajuk berkenaan.  Perlu diingat bahawa bukan penyelia yang akan melakukan kerja-kerja  penyelidikan yang diberikan.  Tugas penyelia adalah membantu dari segi memandu pelajar untuk mencapai objektif penyelidikan yang dibuat.  Dengan itu pelajar hendaklah memastikan tajuk yang diberikan adalah sesuai dengan minat dan kemampuan pelajar itu sendiri.

 

  1. PROPOSAL

Selepas pemilihan tajuk dibuat, pelajar hendaklah membuat sedikit proposal (atau cadangan penyelidikan).  Proposal ini penting bagi membantu pelajar membuat perancangan kerja tesis dari awal hingga akhir sesuatu penyelidikan.  Pelajar juga hendaklah menyediakan satu jadual aktiviti penyelidikan yang akan dilakukan (masa vs aktiviti penyelidikan).  Proposal ini hendaklah disiapkan pada minggu ke tiga atau tarikh yang dipersetujui selepas perjumpaan pelajar-penyelia yang pertama.

 

  1. PEMBENTANGAN PROPOSAL

Pelajar dikehendaki membentangkan proposal yang telah dibuat di hadapan penyelia dan pelajar-pelajar yang lain.  Setiap pelajar diberikan masa selama 15 minit untuk membentangkan proposal kajian mereka dan seterusnya menyerahkan salinan proposal kepada penyelia.  Masa dan tempat pembentangan proposal akan ditentukan semasa pertemuan pelajar-penyelia.  Markah menyediakan proposal dan pembentangan meliputi 5% dari markah akhir kerja tesis.  Pelajar juga dikehendaki melampirkan cadangan proposal dalam Appendik tesis mereka. 

 

  1. PERJUMPAAN PELAJAR-PENYELIA

Perjumpaan pelajar-penyelia akan dibuat secara berkumpulan selama SATU jam pada setiap minggu.  Perjumpaan ini adalah WAJIB dan akan dikira sebanyak 5% dari keseluruhan markah akhir pelajar.  Untuk itu, kerjasama pelajar adalah penting untuk hadir pada setiap sesi perjumpaan dilakukan.  Perjumpaan secara berkumpulan ini penting untuk mengetahui status kemajuan pelajar terbabit.  Sebarang masalah menghadiri perjumpaan hendaklah didahulukan dengan bersebab dan bersurat samada melalaui e-mail/telefon/jumpa secara individu.  Kehadiran perjumpaan akan direkodkan oleh penyelia.  Tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pelajar yang tidak hadir perjumpaan ini.  Semasa perjumpaan, pelajar akan diberikan 10 minit untuk membentangkan hasil/masalah kerja mereka.  Akhir sekali penyelia akan memberikan komen sekiranya perlu.  Pelajar boleh juga datang berjumpa penyelia bila-bila masa sekiranya ada masalah penting yang perlu dibincangkan.  Tetapi ianya tertakluk kepada masa penyelia.  Pelajar digalakkan membuat temujanji sekiranya hendak berjumpa penyelia pada masa yang lain.

 

  1. DATA

Data dari kerja penyelidikan hendaklah diplot dan seterusnya dibentangkan di hadapan penyelia.  Setiap pelajar dikehendaki membuat kerja makmal/lapangan dengan tepat dan bermutu bagi menghasilkan mutu tesis yang cemerlang dan baik.

 

  1. DERAF TESIS

Pelajar dikehendaki menyerahkan deraf tesis untuk dibaca dan diperiksa mutunya oleh penyelia.  Penyelia tidak akan menerima mana-mana tesis yang tidak dihantar deraf bab sebelum itu.  Pastikan deraf tesis dibuat dan dihantar kepada penyelia.

 

 

  1. Saya boleh dihubungi secara e-mail di yaacobzw@pkrisc.cc.ukm.my.  Atau telefon di pejabat 03-89215390.