Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Sukacita dimaklumkan bahawa Oral Cancer Research & Coordinating Centre, UM bersama dengan beberapa agensi lain akan bersama menganjurkan Minggu “Kesedaran Kanser Mulut 2021” yang akan diadakan secara atas talian sepanjang 1 minggu bermula 7 November – 13 November 2021.
Majlis perasmian akan diadakan pada 7 November jam 9.30 pagi bersama Dr. Noormi Bt Othman, Ketua Pengarah Program Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Perincian maklumat adalah seperti dalam poster.
Platform aplikasi: FB Live (Program Kesihatan Pergigian KKM or Oral Cancer Research & Coordinating Centre)
Link Aplikasi di FB Live:
https://www.facebook.com/pergigiankkm
https://www.facebook.com/profile.php?id=100054557525292
Selain itu, program “Virtual Run” juga akan dijalankan bermula pada 1 Oktober sehingga 30 November 2021. Pendaftaran boleh dibuat melalui: https://www.ticket2u.com.my/event/26027 (atau imbas kod QR)
Anda dijemput untuk menyaksikan Majlis perasmian tersebut dan menyertai virtual run yang akan dianjurkan.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi admin di 03-79674896 atau emailkan kepada oralcancer2003@um.edu.my