Selamat datang ke
Fakulti Pergigian UKM
Bersama Menginspirasikan Masa Hadapan
Kajian Pengesanan Graduan 2021
TAHNIAH GRADUAN 2021!!!
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengucapkan tahniah di atas kejayaan anda bergelar graduan. Bagi memastikan lebih banyak inisiatif dirangka oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Universiti, anda diminta menjawab soal selidik melalui Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) melalui pautan ini: https://graduate.mohe.gov.my/SKPG1/
Penerangan ringkas mengenai SKPG dan cara menjawab boleh ditonton di https://youtu.be/lCEnhoyMQ8Q
Untuk maklumat lanjut mengenai kajian ini, anda boleh menghubungi pegawai Pusat Pembangunan Karier, Pn. Sharifah Nurina Alia (nurina.alia@ukm.edu.my).
Sekian, terima kasih.
Ucapan Ulang Tahun Jubli Perak Penubuhan Fakulti Pergigian Universiti Kebangsaan Malaysia
YBhg. Prof./Dr/Tuan/Puan,
Selamat Ulang Tahun Penubuhan Fakulti Pergigian, Universiti Kebangsaan Malaysia (FGG UKM) Ke-25.
Mengimbau peristiwa bersejarah 25 tahun yang lalu, Fakulti Pergigian UKM telah ditubuhkan pada 26 Jun 1996 di Kampus Kuala Lumpur dan merupakan Fakulti Pergigian kedua di Malaysia yang menawarkan program Ijazah Doktor Pergigian. Pengambilan pelajar yang pertama seramai 24 orang pada September 1997 dan sehingga kini FGG UKM telah menghasilkan seramai 1054 orang Doktor Pergigian berdaftar.
Pencapaian
Sejak penubuhannya, reputasi FGG UKM semakin meningkat dan fakulti tidak lagi menoleh ke belakang untuk melebarkan sayapnya dengan memperkenalkan program pascasiswazah iaitu Ijazah Sarjana Kepakaran pada tahun 2003. Pada masa kini, FGG UKM menawarkan 8 program pascasiswazah yang telah diakreditasi dan menghasilkan seramai 74 Doktor Pergigian Pakar di dalam pelbagai bidang serta turut menerima pengambilan pelajar antarabangsa.
Usia 25 tahun telah mematangkan FGG UKM dari segala aspek. Fakulti Pergigian UKM mempunyai pasukan kakitangan yang turut menjadi pemimpin dalam profesion mereka serta mempunyai reputasi yang disegani kerana kecemerlangan mereka dalam bidang penyelidikan, pendidikan dan kepakaran klinikal.
Kekuatan FGG UKM bukan hanya terletak pada sistem pendidikan yang holistik dan penyelidikan yang berimpak tinggi tetapi fakulti ini turut komited dalam memacu semangat ukhwah mahasiswanya. Mahasiswa FGG UKM bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malah cemerlang dan aktif di arena sukan.
Harapan
Semoga visi FGG UKM yang bertekad untuk menjadi sebuah pusat pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan pergigian yang unggul dan terkehadapan untuk masyarakat pada zamannya kekal tercapai. Sama-samalah kita berdoa dan berusaha agar FGG UKM terus cemerlang dan menempa nama yang baik dalam bidang akademik dan penyelidikan di Malaysia dan luar negara.
Selamat Maju Jaya, Fakulti Pergigian UKM.
#welifteachother

Acara Akan Datang
Tiada Hasil Ditemui
Halaman yang anda minta tidak ditemui. Cuba khususkan carian anda atau gunakan navigasi di atas untuk menjejaki paparan anda.
Acara lepas
Research, Innovation & Entrepreneurship Symposium
SEMINAR RNAscope™
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Diagnostik...
Seminar on Oral Soft Tissue Lesions & Basic Immunohistochemistry Workshop

Sumbangan
Tabung Kebajikan Pergigian
Setiap sen sumbangan anda kepada Tabung Kebajikan Pergigian UKM akan membantu pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan untuk membayar caj rawatan pergigian yang mereka perlukan. Kami mengharapkan sokongan anda untuk meneruskan misi kami dalam memberi khidmat kepada masyarakat, meningkatkan kesedaran kesihatan mulut dan kualiti hidup mereka.
Tabung Covid19
Mari kita berjuang menangani Covid-19. Derma anda akan membantu kami untuk terus selamat dalam masa-masa yang mencabar ini.
Nama Akaun: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Nama Bank: CIMB BANK
No. Akaun: 98945210302000
Ref: COVID19-FGGUKM