Fakulti Pergigian UKM

Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat

HEJIM

Industri

Meningkatkan penglibatan universiti-industri yang strategik, mampan dan berkesan di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa. Dengan mewujudkan perkongsian strategik dengan pelbagai pihak berkepentingan, boleh mempromosikan fakulti dengan berkongsi faedah timbal balik yang akhirnya akan mengukuhkan dan menyokong universiti serta fakulti melalui pendidikan, penyelidikan, latihan dan perkhidmatan.

Antara beberapa rakan kongsi pintar kami:

Aktiviti
BENGKEL FIBER POST
Bengkel Fiber Post anjuran Jabatan Pergigian Restoratif ini telah diadakan dengan jayanya pada 16 November 2023 bertempat di Klinik Simulasi, Fakulti Pergigian. Para peserta adalah terdiri dari pelajar prasiswazah Tahun 4 di Fakulti Pergigian, UKM. Bengkel ini dianjurkan dengan kerjasama strategik bersama Omedis Healthcare Sdn Bhd, bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar akan penggunaan fiber post dalam rawatan pergigian restoratif.
A workshop entitled “Gorgeous Anterior and Posterior Composite, Inspired by Style Italiano” was conducted in Faculty of Dentistry UKM on the 12th of July 2023.
A big shoutout and heartfelt gratitude to Dr Hetal (PIC) and our sponsor, 3M, for making this incredible event possible!
SIMPOSIUM ANTARABANGSA PENYELIDIKAN, INOVASI DAN KEUSAHAWANAN 5.0
9 hingga 10 Mei 2023.
Fakulti Pergigian UKM telah menjalankan dengan jayanya simposium tahunan ini pada 9 hingga 10 Mei 2023.
Simposium ini merupakan platform untuk pelajar Pergigian Tahun Akhir membentangkan projek penyelidikan mereka. Dua hari itu diisi dengan aktiviti berinformasi, inspiratif dan menyeronokkan, dari pembentangan lisan pelajar, bazaar dan lain-lain lagi.
 
Pensyarah dan Pakar Ortodontik Fakulti Pergigian UKM Dr Asma Ashari berbincang tentang RAWATAN BRACES INTERSEPTIF UNTUK SI KECIL pada 15 April 2023 jam 9 pagi di program Selamat Pagi Malaysia di saluran RTM
Fakulti Pergigian UKM telah menerima kunjungan dari Syarikat Yoshida Dental Mfg. Co. Ltd. dan NK Luck Sdn Bhd pada 21 Februari 2023.
Kunjungan diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan serta bagi membincangkan peluang kerjasama dan kolaborasi antara Fakulti dan rakan industri.
Komuniti

Penglibatan strategik dengan komuniti sebagai cara untuk memberi kembali kepada komuniti dalam pemindahan pengetahuan dan usaha kolaboratif. Perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan dalaman dan luaran bertindak sebagai platform merapatkan untuk menghubungkan dan meningkatkan penglibatan komuniti melalui Fakulti dan aktiviti khidmat masyarakat.

Antara aktiviti penglibatan komuniti kami:

Program Khidmat Komuniti untuk Kanak-kanak Tanpa Kerakyatan di Malaysia
20 Julai 2023
Sanggar Bimbingan Sentul, Kuala Lumpur
Program Kesihatan Mulut Komuniti
9 hingga 10 Jun 2023
Kampung Teluk Ketapang, Terengganu
Antarabangsa
We are delighted to extend our heartfelt appreciation to the esteemed Faculty of Dentistry, Chulalongkorn University for their remarkable official visit to Universiti Kebangsaan Malaysia!
Here’s to a brighter future filled with continued cooperation and shared success!
Fakulti Pergigian UKM telah berkunjung ke Fakulti Pergigian, University of Chulalongkorn (FDCU) pada 13 Mac sehingga 15 Mac 2023.
Tujuan lawatan rasmi ini adalah bagi merasmikan memorandum persefahaman di antara kedua universiti yang telah ditandatangani pada Disember 2022, sekaligus menghantar kumpulan pertama bagi program pertukaran pelajar UKM-FDCU dari 13 Mac sehingga 19 Mac 2023.
Lawatan delegasi Pengurusan Fakultas Kedokteran Gigi, Universitas Sumatera Utara (USU) ke Fakulti Pergigian, UKM pada 27 Februari 2023.
Lawatan ini adalah bagi memperkemaskan aktiviti MOU termasuk kerjasama dan kolaborasi dalam mewujudkan Memorandum Persefahaman (MoA) penyelidikan antara dua fakulti dan universiti.
Turut hadir adalah pihak Kedekanan FKG, USU dan Pengurusan Fakulti Pergigian.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian telah memperbaharui Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universitas Hasanuddin, Indonesia (UNHAS).
Pemeteraian MoU ini diwakili oleh Naib Canselor UKM, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman yang mewakili UKM, manakala UNHAS diwakili oleh Rektornya, Prof. Dr. Ir. Jamaluddin Jompa.
Perjanjian Kerjasama

Company

Coordinator

Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA Dr. Asma Ashaari
Visivest Corporation (M) Sdn. Bhd.
Star3d Material Development Company (Singapore) Pte. Ltd.
Visivest Corp. Sdn Bhd / PyeongTaek University, Korea
Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA Dr. Farinawati Yazid
Omedis Healthcare Sdn Bhd Dr. Goo Chui Ling
Universiti Malaya Dr. Haslina Rani
3M Malaysia Sdn Bhd Dr. Ho Ting Khee
Nitium Technology Sdn Bhd Dr. Ho Ting Khee
Glaxosmithkline Consumer Healthcare Holdings (US) LLC (GSK)
Irma Ariandi Global Sdn Bhd Dr. Murshida Marizan Nor
MBD Marketing Sdn Bhd Dr. Norliwati Ibrahim
Taipei Medical University Dr. Nurrul Shaqinah Nasruddin
Insight Prestige Sdn Bhd Dr. Nurulhuda Mohd
Perioprox Dental Enterprise
Universiti Sains Malaysia Prof. Dr. Rohaya Megat Abdul Wahab
Halvec Laboratories Sdn Bhd
Visivest Corporation (M) Sdn. Bhd. Assoc. Prof. Dr. Alizae Marny Fadzlin Syed Mohamed
College of Dental Medicine, University of Sharjah Assoc. Prof. Dr. Nurul Asyikin Yahya
Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd Assoc. Prof. Dr. Nurul Asyikin Yahya
College of Dental Medicine, University of Sharjah
Kementerian Kesihatan Malaysia Assoc. Prof. Dr. Rama Krsna Rajandram
Kementerian Kesihatan Malaysia Assoc. Prof. Dr. S. Nagarajan M.P Sockalingam
Cleft Lip & Palate Association of Malaysia (CLAPAM) Assoc. Prof. Dr. Tuti Ningseh Mohd Dom
Rakan MRUN (USM, USIM, UIA dan UMP)
Cleft Lip & Palate Association of Malaysia (CLAPAM)
Glaxosmithkline Consumer Healthcare Sdn Bhd Assoc. Prof. Dr. Badiah Baharin
Profesor Pelawat Antarabangsa
  • PROF. DR. PENG XIN, Peking University School of Stomatology

Program Pegawai Pergigian Baharu (NDOP)

Sesi 2020/ 2021:

  • Dr. Fatin Nadiah Chew Abdullah, DDS (MAHSA)

 

Sesi 2021/ 2022:

  • Dr. Siak Kai Hun, BDS (MAHE)
  • Dr. Hon Kah Chiong, DDS (MAHSA)
  • Dr. Choo Min San, BDS (SEGi)
  • Dr. Hasveen Kaur Tarlock Singh, DDS (MAHSA)

 

Sesi 2022/ 2023:

  • Dr. Roqaia binti Ab. Hadi, BDS (IIUM)
  • Dr. Nithyakalyani Ramesh, BDS (Maher University)
Mobiliti
Mahasiswa-mahasiswa Fakulti Pergigian, Universitas Hasanuddin, Makassar, Indonesia (UNHAS) ke Fakulti Pergigian UKM sempena Program Mobiliti (Sit In Program) bermula dari 3-28 Julai 2023.
Kedatangan mereka ini diiringi oleh Timbalan Dekan Akademik FKG UNHAS, Dr. Acing Habibie Mude, Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi & Kolaborasi Dr. Erni Marlina dan Dr. Mila Febriany.
Program Mobiliti (Inbound) Fakulti Pergigian UKM bersama Fakulti Pergigian, Universiti Al Azhar, Gaza, Palestin telah berjaya dijalankan selama 2 minggu pada 8 hingga 19hb Mei 2023.
Tiga orang pelajar pergigian tahun akhir Fakulti Pergigian Universiti Al Azhar ini diiringi oleh pensyarah mereka, Dr. Ismail N. I. Albhaisi yang juga merupakan alumni siswazah Fakulti Pergigian UKM.
Program Mobiliti Fakulti Pergigian dengan Fakultas Kedokteran Gigi, Universitas Jenderal Achmad Yani (UNJANI), Indonesia di Fakulti Pergigian, UKM pada 22-27 September 2022.

Hubungi

Sekretariat Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat

Fakulti Pergigian

Universiti Kebangsaan Malaysia (Kampus Kuala Lumpur)

Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 50300 Kuala Lumpur.

T: +603 9289 7753/ 7850

E: sekretariat_tdja@ukm.edu.my

Sekretariat

Prof. Madya. Dr Yew Hsu Zenn
Timbalan Dekan (Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat)

Prof. Madya Dr. Safura Anita Baharin
Ketua Jaringan Industri & Komuniti

Dr. Mohd Zulkifli Kassim
Penyelaras Hubungan Antarabangsa

Dr. Asma Ashari
Penyelaras Komunikasi Strategik

Nur Anis Najwa Nazri
Pemb. Tadbir / Webmaster

Siti Zubaidah Shariffuddin
Facebook & Instagram (Person-In-Charge)

Wan Syahirah Zainol Abidin
Facebook & Instagram (Person-In-Charge)

Nor Asiah Hamid
Media Sosial Ad Hoc

Mohd Razif Mohd Isa
Media Sosial Ad Hoc