FAKULTI KAMI

Tentang Kami

Terima kasih kerana melawat laman web Fakulti Pergigian di Universiti Kebangsaan Malaysia, yang ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1996.

Fakulti Pergigian UKM mempunyai pasukan kakitangan yang turut menjadi pemimpin dalam profesion mereka serta mempunyai reputasi yang disegani kerana kecemerlangan mereka dalam bidang penyelidikan, pendidikan dan kepakaran klinikal.

Jabatan

Diagnostik Kraniofasial & Biosains

Pergigian Restoratif

Bedah Mulut & Maksilofasial

Kesihatan Pergigian Keluarga

Penyelidikan merupakan salah satu aktiviti teras kakitangan akademik dan pelajar pasca siswazah di Fakulti. Aktiviti penyelidikan terkini merangkumi spektrum yang luas, sejajar untuk menangani perkara-perkara berikut dalam bidang pergigian:

  • Pergigian Regeneratif
  • Inovasi dalam Teknologi Klinikal
  • Mengurangkan Ketaksamaan dalam Kesihatan Mulut

Fakulti turut menawarkan persekitaran yang menyenangkan untuk pendidikan prasiswazah dan pascasiswazah. Nilai teras kami adalah saling menghormati, empati, telus, integriti, akauntabiliti dan kerja berpasukan. Selain daripada program Ijazah Doktor Pergigian, kami turut menawarkan program pascasiswazah untuk calon tempatan dan antarabangsa dalam kepakaran klinikal berikut: Ortodontik, Pergigian Peadiatrik, Pergigian Restoratif, Periodontologi, Bedah Mulut& Maksilofasial dan Endodontologi.

Selain terlibat sebagai seorang ahli akademik di dalam Universiti, pakar-pakar di Fakulti Pergigian turut terlibat dalam mengukuhkan profesion pergigian di seluruh Malaysia melalui khidmat pakarunding profesional, menawarkan program pendidikan berterusan, serta berkhidmat di jawatankuasa peringkat kebangsaan dan badan profesional pergigian yang berkenaan.

Sepanjang dua dekad yang lalu, Fakulti Pergigian UKM mengalami kemajuan yang unik melalui penglibatan alumni, pengamal pergigian swasta, dan industri bersama kakitangan dan pelajar kami yang tidak terhad kepada platform akademik atau profesional sahaja, malah juga di dalam usahasama untuk berkhidmat kepada masyarakat dalam pelbagai situasi. Kami mengalu-alukan kerjasama dengan institusi akademik yang lain, organisasi profesional dan wakil masyarakat untuk bersama-sama terlibat dalam memastikan generasi sekarang dan akan datang menerima perkhidmatan pergigian yang berkualiti.

Visi

Menjadi pusat pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan pergigian yang unggul dan terkehadapan kepada masyarakat dan zamannya.

Misi

  • Menyediakan landasan yang komprehensif dalam membentuk serta menghasilkan graduan yang berkualiti, cemerlang dan memenuhi keperluan profesion/sejagat.
  • Menggalakkan penyelidikan dan kolaborasi serta mengoptimakan sumber intelek dan perkongsian ilmu.
  • Komited dalam memberi perkhidmatan pergigian holistic kepada masyarakat.

Objektif

  • Melahirkan graduan yang kompeten dan beretika untuk faedah individu, keluarga dan masyarakat.
  • Menghasilkan pengamal yang memberi perkhidmatan kesihatan mulut berdasarkan amalan terkini dan pendekatan holistik.
  • Menjana kepakaran pergigian berkemahiran tinggi dan aplikasi teknologi.
  • Untuk memantapkan kemajuan aktiviti penyelidikan, berinovasi serta menekankan pembangunan profesionalisme bagi memenuhi aspirasi universiti.