Pengajian
Program Siswazah
MOD PENYELIDIKAN
Ijazah Sarjana: Sarjana Sains Pergigian

Tempoh program
- Sepenuh masa
Minimum 2 semester, maksimum 6 semester - Sambilan
Minimum 6 semester, maksimum 10 semester
Kaedah pengajian
Penyelidikan
Kemasukan
Calon tempatan (Klik di sini untuk memohon)
Antarabangsa (Klik di sini untuk memohon)
Sila hantar dokument seperti yang berikut:
- Curriculum vitae (CV) yang terkini
- Dua laporan pengadil yang bertarikh dan ditandatangani
- English language proficiency test results (for international candidates)
Syarat Kemasukan
Keperluan Kelayakan Asas
- Ijazah Sarjana Muda Sains dengan kepujian atau mempunyai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang baik dari UKM atau mana- mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat UKM Atau
- Ijazah BDS atau setaraf yang diiktiraf oleh Senat UKM.
- Kelulusan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman yang diiktiraf oleh Senat UKM.
- Lulus ujian kelayakan Bahasa Inggeris, skor minimum bagi TOEFL adalah 550 (berasaskan kertas, PBT) atau 80 (berasaskan Internet, iBT), atau 213 (berasaskan komputer, CBT); IELTS Band 6.0, dengan sijil keputusan masih dalam tempoh sah laku 2 tahun dari tarikh peperiksaan bagi calon luar negara .
- Lain-lain syarat yang ditetapkan oleh Senat Universiti sepertimana termaktub dalam Akta dan Peraturan-peraturan UKM (Pengajian Siswazah) 2021.
Syarat Khas Fakulti
- Lulus sesi temuduga samada secara bersemuka atau komunikasi atas talian.
Keperluan Bahasa Melayu
- Calon-calon dari luar negara diwajibkan mengaudit satu (1) kursus Bahasa Melayu bernilai tiga (3) unit yang ditetapkan oleh Universiti. Pengecualian boleh diberi kepada calon-calon yang telah mengikuti kursus Bahasa Melayu setara anjuran badan lain yang diiktiraf oleh Universiti.
Yuran Tuisyen
Program Sarjana Sains Pergigian (Mod Penyelidikan)
Sepenuh Masa (Mata Wang:Ringgit Malaysia, MYR) | ||||||
Calon | Pendaftaran | Perkhidmatan & Aktiviti | Yuran tuisyen | Semester Pertama | Semester seterusnya | Jumlah Bayaran |
Rakyat Malaysia | 1, 010 | 845 | 3, 485 | 5, 340 | 4, 330 | 18, 330 |
Antarabangsa | 1, 410 | 1, 085 | 6, 290 | 8, 785 | 7, 785 | 32, 320 |
Separuh Masa (Mata Wang:Ringgit Malaysia, MYR) | ||||||
Calon | Pendaftaran | Perkhidmatan & Aktiviti | Yuran tuisyen | Semester Pertama | Semester seterusnya | Jumlah Bayaran |
Rakyat Malaysia | 885 | 625 | 2, 935 | 4, 445 | 3, 560 | 22, 245 |
Hubungi Kami
Pejabat Dekan
+603-92897799
Pejabat Timbalan Dekan (Akademik)
+603-9289 7774/7850
Penyelaras Program
Dr. Leong Xin Fang