Welcome To The

Faculty of Dentistry UKM

Inspire the Future Together

Kajian Pengesanan Graduan 2021

 

CONGRATULATIONS 2021 GRADUATES!!!

 

UKM wishes all graduates congratulations for the completion of your study. To ensure the continuity and success of initiatives hosted by the Ministry of Higher Education and the University, you are kindly requested to complete this short questionnaire by Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) which is accessible at https://graduate.mohe.gov.my/SKPG1/

A short explanation on the SKPG and how to submit your answers is available here: https://youtu.be/lCEnhoyMQ8Q

For further information on this survey, please contact the SKPG officer of Career Advancement Centre, Mrs. Sharifah Nurina Alia at (nurina.alia@ukm.edu.my).

Thank you.

Ucapan Ulang Tahun Jubli Perak Penubuhan Fakulti Pergigian Universiti Kebangsaan Malaysia

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ dan Salam Sejahtera.
 

YBhg. Prof./Dr/Tuan/Puan,

Selamat Ulang Tahun Penubuhan Fakulti Pergigian, Universiti Kebangsaan Malaysia (FGG UKM) Ke-25.

Latar belakang FGG UKM
Mengimbau peristiwa bersejarah 25 tahun yang lalu, Fakulti Pergigian UKM telah ditubuhkan pada 26 Jun 1996 di Kampus Kuala Lumpur dan merupakan Fakulti Pergigian kedua di Malaysia yang menawarkan program Ijazah Doktor Pergigian. Pengambilan pelajar yang pertama seramai 24 orang pada September 1997 dan sehingga kini FGG UKM telah menghasilkan seramai 1054 orang Doktor Pergigian berdaftar.

Pencapaian
Sejak penubuhannya, reputasi FGG UKM semakin meningkat dan fakulti tidak lagi menoleh ke belakang untuk melebarkan sayapnya dengan memperkenalkan program pascasiswazah iaitu Ijazah Sarjana Kepakaran pada tahun 2003. Pada masa kini, FGG UKM menawarkan 8 program pascasiswazah yang telah diakreditasi dan menghasilkan seramai 74 Doktor Pergigian Pakar di dalam pelbagai bidang serta turut menerima pengambilan pelajar antarabangsa.

Usia 25 tahun telah mematangkan FGG UKM dari segala aspek. Fakulti Pergigian UKM mempunyai pasukan kakitangan yang turut menjadi pemimpin dalam profesion mereka serta mempunyai reputasi yang disegani kerana kecemerlangan mereka dalam bidang penyelidikan, pendidikan dan kepakaran klinikal.

Kekuatan FGG UKM bukan hanya terletak pada sistem pendidikan yang holistik dan penyelidikan yang berimpak tinggi tetapi fakulti ini turut komited dalam memacu semangat ukhwah mahasiswanya. Mahasiswa FGG UKM bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malah cemerlang dan aktif di arena sukan.

Alumni FGG UKM adalah merupakan alumni hebat yang menerajui sektor awam dan korporat, dalam dan luar negara. Alumni ini telah membawa nama Alma Mater sebagai pakar pergigian dan pentadbiran pengurusan tertinggi di KKM dan Kementerian Pertahanan dan turut dilantik menjadi Dekan untuk menerajui Fakulti Pergigian di Universiti Awam tanah air.
Sehubungan itu, Persatuan Alumni Doktor Pergigian UKM (UKM Dental Alumni) telah ditubuhkan sejak 2014 dengan slogan ‘Pemangkin Ilmu dan Budi’ (Catalyst of Knowledge and Virtues) yang sehingga kini terus kembali ke kampus, ibarat sireh pulang ke gagang dan sentiasa bersedia untuk menyumbang bakti kepada universiti untuk memberi manfaat kepada UKM pada masa kini dan akan datang.

Harapan
Semoga visi FGG UKM yang bertekad untuk menjadi sebuah pusat pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan pergigian yang unggul dan terkehadapan untuk masyarakat pada zamannya kekal tercapai. Sama-samalah kita berdoa dan berusaha agar FGG UKM terus cemerlang dan menempa nama yang baik dalam bidang akademik dan penyelidikan di Malaysia dan luar negara.

Selamat Maju Jaya, Fakulti Pergigian UKM.
#welifteachother

Salam hormat,
 
PROF. DR. NOOR HAYATY ABU KASIM 
DEKAN / DEAN
FAKULTI PERGIGIAN / FACULTY OF DENTISTRY
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA / THE NATIONAL UNIVERSITY OF MALAYSIA (UKM)
 
 
 
 

Upcoming Events

No Results Found

The page you requested could not be found. Try refining your search, or use the navigation above to locate the post.

Past Events