Pengajian

Doktor Falsafah (PhD)

Tempoh Program

  • Sepenuh masa: Minimum 6 semester, maksimum 12 semester
  • Separuh masa: Minimum 8 semester, maksimum 14 semester

Mod pengajian

Penyelidikan

Kemasukan

Calon tempatan (Klik di sini untuk memohon)
Antarabangsa (Klik di sini untuk memohon)

Sila hantar dokument seperti yang berikut:

  • Curriculum vitae (CV) yang terkini
  • Dua laporan pengadil yang bertarikh dan ditandatangani
  • English language proficiency test results (for international candidates)

Syarat Kemasukan

Keperluan Kelayakan Asas

  • Ijazah Sarjana dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau
  • Kelayakan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana atau mempunyai kelayakan lain dengan pengalaman yang diiktiraf oleh Senat; atau
  • Calon yang sedang mengikuti program Sarjana mod penyelidikan di bawah perenggan 6(1)(a) secara sepenuh masa di Universiti dan diperakukan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti/Pusat Pengurusan Siswazah untuk menukar status kepada program Ijazah Kedoktoran dengan kelulusan Dekan Fakulti/Pengarah Institut 
  • Lulus ujian kelayakan Bahasa Inggeris, skor minimum bagi TOEFL adalah 550 (berasaskan kertas, PBT) atau 80 (berasaskan Internet, iBT), atau 213 (berasaskan komputer, CBT); IELTS Band 6.0, dengan sijil keputusan masih dalam tempoh sah laku 2 tahun dari tarikh peperiksaan bagi calon luar negara
  • Lain-lain syarat yang ditetapkan oleh Senat Universiti sepertimana termaktub dalam Akta dan Peraturan-peraturan UKM (Pengajian Siswazah) 2015.

Syarat Khas Fakulti

  • Bukti komunikasi awal dengan bakal penyelia
  • Lulus sesi temuduga samada secara bersemuka atau komunikasi atas 
talian.

Keperluan Bahasa Melayu

  • Calon-calon dari luar negara diwajibkan mengaudit satu (1) kursus Bahasa Melayu bernilai tiga (3) unit yang ditetapkan oleh Universiti. Pengecualian boleh diberi kepada calon-calon yang telah mengikuti kursus Bahasa Melayu setara anjuran badan lain yang diiktiraf oleh Universiti.

Yuran Tuisyen

Sepenuh Masa (Matawang: Ringgit Malaysia, MYR)
CalonPendaftaranPerkhidmatan & AktivitiYuran tuisyenSemester PertamaSemester seterusnyaJumlah Bayaran
Rakyat Malaysia1, 0107453, 9855, 7404, 73029, 390
Antarabangsa1, 7109857, 2909, 9858, 27551, 360
Separuh Masa (Matawang: Ringgit Malaysia, MYR)
CalonPendaftaranPerkhidmatan & AktivitiYuran tuisyenSemester PertamaSemester seterusnyaJumlah Bayaran
Rakyat Malaysia88522534354845396032565
Antarabangsa171098572909985827567910

Hubungi Kami

Pejabat Dekan
+603-92897799

Pejabat Timbalan Dekan (Akademik)
+603-9289 7774/7850

0

Penyelaras Program

Dr. Leong Xin Fang