Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600, UKM Bangi, Selangor
MALAYSIA

dnurhidayahwaad@gmail.com

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600, UKM Bangi, Selangor
MALAYSIA

miezah@ukm.edu.my

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, UKM Bangi, Selangor
MALAYSIA

mohead@ukm.edu.my

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600, UKM Bangi, Selangor
MALAYSIA

harlina@ukm.edu.my

Abstract

Kajian ini mengkaji hubungan antara firma audit pakar industri (FAPI) dan pendedahan urusniaga pihak berkaitan (UPB) yang mana bukti empirikal hubungan antara keduanya masih kurang. UPB merupakan uruniaga yang sukar diaudit dan oleh itu juruaudit yang mempunyai kepakaran industri diandaikan dapat mengesan dan meningkatkan pendedahan UPB. Sejumlah 646 buah syarikat tersenarai di Malaysia yang melibatkan sebanyak 3,230 pemerhatian dari tahun 2014 sehingga 2018 digunakan untuk menguji hipotesis kajian ini. FAPI diukur menggunakan nilai ambang penguasaan pasaran yang berbeza iaitu FAPI 10% dan FAPI 20% untuk mendapatkan hasil kajian yang lebih mantap (robust). Kaedah analisis kandungan digunakan untuk kutipan data UPB. Berdasarkan ujian regresi, hasil kajian mendapati hubungan antara FAPI dan UPB adalah bergantung pada nilai ambang FAPI. Secara khususnya kajian ini mendapati nilai ambang penguasaan pasaran yang lebih tinggi (FAPI 20%) berhubungan secara positif dengan pendedahan UPB. Hasil kajian ini dapat memberi bukti tambahan bahawa firma audit yang mempunyai kepakaran industri yang tinggi dapat memberikan perkhidmatan audit yang lebih berkualiti menerusi peningkatan pendedahan UPB berbanding firma audit bukan pakar. Badan pengamal dan pengawalselia perakaunan boleh mempertimbangakan ciri kepakaran industri dalam mengawal selia syarikat-syarikat yang terbabit dalam mana-mana kontrak yang melibatkan pihak-pihak berkaitan.

This study examines the relationship between industry specialist audit firm (ISAF) and related party transactions
disclosure (RPT), for which empirical evidence of a relationship between the two is still lacking. RPT is the most difficult
transactions to audit and therefore auditors with industry expertise are assumed to be able to detect and increase the
disclosure of RPT. A total of 646 listed companies in Malaysia involving a total of 3,230 observations from 2014 to
2018 were used to test the hypotheses of this study. ISAF was measured at different market share thresholds namely ISAF
10% and ISAF 20% to provide more robust results. Content analysis method was used for RPT data collection. Based on
regression test, the results of the study found that the relationship between ISAF and RPT is dependent on the threshold
value of ISAF. Specifically, this study found that higher market share threshold (ISAF 20%) was positively related to
RPT disclosure. The results of this study can provide additional evidence that audit firm with high industry expertise are
able to provide better quality audit services through increased of RPT disclosure compared to non-specialist audit firm.
Accounting practitioners and regulators may consider industry expertise criteria in regulating companies involved in
any contracts involving related parties.

Keywords

Firma audit pakar, Kualiti audit, nilai ambang, pengkhususan industri, urusniaga pihak berkaitan

DOI

Bibliography

Waad, N. H., Md. Nor, H., Rahmat, M. M., & Mohamed On, H. (2022). Hubungan antara Firma Audit Pakar Industri dan Pendedahan Urusniaga Pihak Berkaitan di kalangan Syarikat Tersenarai di Malaysia. Journal of Accounting and Governance, 18, 97–109.  http://dx.doi.org/10.17576/AJAG-2022-18-07

18 : 97–109 (2022)



Share article: