Fakulti Ekonomi & Perniagaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA
Fakulti Pengurusan dan Perniagaan
Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang
Kampus Raub
27600 Raub, Pahang, MALAYSIA.
Fakulti Ekonomi & Perniagaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.
Fakulti Ekonomi & Perniagaan
Universiti Kebangsaan Malaysial
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.
Abstract
vWalaupun banyak kajian lepas mengemukakan kaitan signifikan antara gaya kepimpinan beretika dan tingkah laku, penjelasan terhadap hubungan tersebut masih kurang. Justeru, kajian ini dijalankan untuk menguji hubungan langsung antara gaya kepimpinan beretika dan tingkah laku kerja tidak produktif, serta hubungan tidak langsung menerusi pemboleh ubah pengantara komitmen organisasi, identifikasi organisasi, dan kepercayaan terhadap organisasi. Kajian dilakukan menggunakan soal selidik secara atas talian ke atas 161 responden yang terdiri daripada penjawat awam kumpulan pengurusan dan profesional di jabatan dan agensi kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan di Malaysia. Pengujian hipotesis dilakukan dengan menggunakan Model Persamaan Berstruktur dengan perisian AMOS. Hasil kajian menunjukkan peranan kepimpinan beretika yang signfikan dalam meramal tingkah laku kerja tidak produktif, serta peranan komitmen dan identifikasi organisasi sebagai mekanisme pengantaraan. Secara teorinya, kajian ini memanjangkan pengetahuan mengenai gaya kepimpinan beretika yang didapati berupaya mengurangkan tingkah laku kerja tidak produktif dalam kalangan pekerja sama ada secara langsung, atau menerusi peningkatan komitmen serta identifikasi pekerja terhadap organisasi. Kajian ini menyarankan organisasi menerapkam ciri-ciri kepimpinan beretika dalam modul program latihan dan pembangunan kepemimpinan pekerja.
Although many past studies have shown a significant relationship between ethical leadership style and behavior, an explanation of the relationship is still lacking. Therefore, this study was carried out to examine the direct relationship between ethical leadership style and counterproductive work behaviors, as well as the indirect relationship through organizational commitment, organizational identification, and trust as mediating variables. Data were collected using an online survey on 161 respondents who were government servants working in management and professional group at various government agencies and government-related companies in Malaysia. The hypotheses were tested using Structural Equation Modeling with AMOS software. The results revealed the significant of roles ethical leadership in predicting counterproductive work behaviors, as well as organizational commitment and identification as mediating mechanisms. Theoretically, the study extend the knowledge about the ability of ethical leadership in reducing counterproductive work behaviors either directly, or through increased level of commitment and identification of employees towards their organization. Practically, organizations should incorporate ethical leadership aspects in their training and development module for employees.
